awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – adakah iPhone SE baharu?

Amanz
Amanz
14/02/2025
06:00 MYT
Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – adakah iPhone SE baharu?
Tim Cook mengisyaratkan pengenalan ahli baharu dalam keluarga iPhone, berkemungkinan menandakan pelancaran rasmi iPhone SE baharu minggu hadapan. -Gambar fail/Reuters
APPLE dikatakan sedang dalam persiapan memperkenalkan iPhone SE generasi baharu seawal bulan ini.

Ringkasan AI
  • Apple dijangka memperkenalkan iPhone SE generasi baharu pada 19 Februari 2025, seperti yang diacah oleh Tim Cook melalui media sosial.
  • iPhone SE baharu dijangka menggantikan Touch ID dengan Face ID, menyokong USB-C, dan menerima pelbagai kemas kini spesifikasi untuk menjalankan Apple Intelligence.
  • Tim Cook mengisyaratkan pengenalan ahli baharu dalam keluarga iPhone, menandakan pelancaran rasmi iPhone SE baharu minggu hadapan.

Selari dengan itu, Tim Cook melalui media sosial X mengacah pengenalan produk baharu Apple yang dijadualkan pada 19 Februari 2025, iaitu pada minggu hadapan.
Tim Cook mengatakan “bersedia untuk menemui ahli baru dalam keluarga”, sekali gus memberikan petanda pengenalan iPhone SE baharu dalam keluarga iPhone.
Get ready to meet the newest member of the family. Wednesday, February 19. #AppleLaunch pic.twitter.com/0ML0NfMedu
— Tim Cook (@tim_cook) February 13, 2025
Mengikut spekulasi sebelum ini, iPhone SE dijangka menggantikan penggunaan Touch ID kepada Face ID, selain turut hadir dengan sokongan USB-C, dan juga pelbagai kemas kini spesifikasi bagi membolehkan ia menjalankan Apple Intelligence.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat kejutan dan harga jualan iPhone SE baharu ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#tim cook
#iPhone SE generasi baharu
#Face ID
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan