awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TI-M gesa kerajaan tambah baik PDRM

Bernama
Bernama
27/03/2021
08:49 MYT
TI-M gesa kerajaan tambah baik PDRM
Presiden TI-M Muhammad Mohan berkata pembaharuan dalam pasukan itu perlu dilakukan secara dalaman mahupun luaran. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kumpulan antirasuah, Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa kerajaan untuk mengembalikan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pegawai yang rasuah dan melakukan pembaharuan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Presiden TI-M Muhammad Mohan berkata pembaharuan dalam pasukan itu perlu dilakukan secara dalaman mahupun luaran.
"Sekiranya krisis rasuah dan salah laku yang didedahkan Ketua Polis Negara (KPN) terbukti, perkara itu tidak boleh dianggap sebagai masalah dalaman dan hanya perlu diselesaikan mengikut pangkat pegawai terlibat," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata suatu mekanisme pengawasan oleh sebuah badan yang benar-benar bebas daripada campur tangan politik yang mempunyai 'kuasa" adalah penting untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau anggota pangkat rendah dalam PDRM.
Justeru, beliau menggesa kerajaan meluluskan Rang Undang Undang IPCMC dan bukannya Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), versi yang lebih 'ringan' demi untuk melakukan pembaharuan dalam pasukan keselamatan itu.
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador baru-baru ini mendedahkan bahawa terdapatnya gerakan dalam kalangan pegawai muda PDRM yang berusaha menjatuhkannya.
Beliau mendakwa bahawa kumpulan berkenaan berhasrat untuk menguasai pasukan polis untuk kepentingan peribadi, namun beliau memberi jaminan isu berkenaan terkawal dan dapat diselesaikan secara dalaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#Transparency International Malaysia
#TI-M
#Kumpulan antirasuah
#KPN
#Rasuah
#Ketua Polis Negara
#Muhammad Mohan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan