awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Naib Canselor UiTM diiktiraf 50 wanita terbaik dalam bidang pendidikan

Bernama
Bernama
12/07/2024
09:27 MYT
Timbalan Naib Canselor UiTM diiktiraf 50 wanita terbaik dalam bidang pendidikan
Profesor Suzana Sulaiman dianugerahkan Top 50 Women in Education pada majlis World Education Congress Awards 2024 di Mumbai, India. - Gambar/ UiTM
SHAH ALAM: Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Suzana Sulaiman dianugerahkan Top 50 Women in Education pada majlis World Education Congress Awards 2024 di Mumbai, India.
UiTM dalam kenyataan memaklumkan anugerah itu sebagai mengiktiraf peranan Suzana sebagai pakar dalam bidang perakaunan pengurusan yang telah memberikan impak kepada pendidikan di UiTM, kerajaan Malaysia, dan organisasi antarabangsa seperti Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan Chartered Institute of Management Accountant (CIMA).
"Dengan lebih dari 33 tahun pengalaman mengajar dan latar belakang pendidikan dari United Kingdom dan UiTM, beliau telah memberi pengaruh signifikan kepada landskap pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Pengasas University FLAME Pune Prof. Indira J Parikh merangkap Presiden Antardisha, sebuah organisasi bukan kerajaan yang komited untuk mewujudkan platform bagi individu dan institusi memfokuskan kepada transformasi, pembelajaran berterusan dan pembangunan.
UiTM dalam kenyataan sama memaklumkan Suzana yang dijemput untuk memberi syarahan di kongres berkenaan turut memperlihatkan pengaruh dan ketampakan UiTM dalam forum akademik antarabangsa.
"Sumbangan UiTM dalam menyediakan pendidikan yang cemerlang diiktiraf secara meluas. Universiti ini sentiasa menunjukkan keunggulan dalam bidang akademik, penyelidikan, dan kolaborasi antarabangsa. UiTM telah memantapkan kedudukannya sebagai institusi terkemuka dalam pendidikan global," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UiTM
#Timbalan Naib Canselor
#Suzana Sulaiman
#anugerah antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan