awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Perdana Menteri Timor-Leste tiba untuk lawatan kerja empat hari

Bernama
Bernama
03/12/2023
14:35 MYT
Timbalan Perdana Menteri Timor-Leste tiba untuk lawatan kerja empat hari
Timbalan Perdana Menteri Timor Leste Francisco Kalbuadi Lay (tiga, kanan) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA) bagi memulakan lawatan kerja empat hari ke Malaysia bermula hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG: Timbalan Perdana Menteri Timor-Leste Francisco Kalbuadi Lay tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja empat hari ke Malaysia.
Pesawat komersial yang membawa beliau dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini pada 8.55 malam dan disambut oleh Ketua Protokol Kementerian Luar Datuk Mohd Aini Atan.
Lawatan kerja Kalbuadi Lay akan memperkukuh dan mempertingkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara di samping menunjukkan sokongan padu Malaysia ke arah keahlian penuh Timor-Leste dalam ASEAN.
Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima menghadap Kalbuadi Lay di Istana Negara pada Selasa.
Kalbuadi Lay akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof esok, bagi membincangkan status hubungan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste serta isu-isu antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Timbalan Perdana Menteri Timor-Leste yang juga Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar itu akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia iaitu Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Tiong King Sing bagi membincangkan potensi kerjasama dalam sektor pelancongan antara kedua-dua negara.
Berdasarkan rekod pada 2022, jumlah dagangan antara Malaysia dan Timor-Leste adalah berjumlah RM384.48 juta (AS$90.2 juta), dengan peningkatan sebanyak 93.3 peratus berbanding 2021 iaitu sebanyak RM194.09 juta (AS$46.6 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Perdana Menteri Timor-Leste
#Francisco Kalbuadi Lay
#tiba di Malaysia
#lawatan kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan