Kerajaan sedang menimbang cadangan melantik kira-kira 36,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke jawatan tetap, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.
Beliau berkata pertimbangan itu, yang kini dalam peringkat kajian, dibuat dalam usaha membela kebajikan guru berkenaan.
"Kita melihat peluang untuk menaik taraf jawatan guru KAFA ini melalui skim perjawatan tetap dalam kerajaan, berdasarkan beberapa syarat membabitkan kelayakan pensijilan, latihan pendidikan dan perjawatan secara tetap.
"Tujuan utama kita cadangkan mereka ini dilantik secara tetap ialah untuk menjaga kebajikan mereka seperti imbuhan pencen, insurans kesihatan dan elaun lain yang bersesuaian untuk mereka," katanya.
Fuziah berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang di sini, hari ini.
Katanya, cadangan itu dikemukakan di Parlimen pada Ogos lalu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku penyelaras KAFA, diberi tanggungjawab melaksanakan kajian terbabit, yang dijangka mengambil tempoh setahun.
Selain itu, Fuziah juga menasihatkan ibu bapa untuk mengambil tahu mengenai pendaftaran dan keselamatan pusat tahfiz sebelum menghantar anak mereka ke premis berkenaan.
"Ibu bapa perlu pastikan pusat tahfiz itu memiliki lesen jabatan agama, mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak bomba supaya dapat mengurangkan risiko berlaku kejadian tidak diingini.
"Sebenarnya kita (agensi kerajaan yang bertanggungjawab memantau pusat tahfiz) kekurangan kakitangan untuk memantau semua pusat tahfiz yang tumbuh seperti cendawan, oleh itu, saya sangat berharap ibu bapa turut sama memainkan peranan dalam membantu kami," katanya.
Fuziah menambah pusat tahfiz yang berdaftar juga membolehkan mereka menerima bantuan sewajarnya daripada kerajaan, selain memastikan pelajar dapat belajar dalam persekitaran selamat dan diajar oleh guru bertauliah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 08 2018
FUZIAH: Lihat peluang untuk menaik taraf jawatan guru KAFA ini melalui skim perjawatan tetap dalam kerajaan.
NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan
FLOAT membabitkan pembangunan sistem rel terapung yang tidak memerlukan manusia untuk beroperasi menjelang 2030.
AWANI Ringkas: DBKL sedia garis panduan pokok berusia dan berisiko tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel teruskan operasi ketenteraan di Rafah
Seorang pegawai kanan Israel berkata bahawa pusingan terbaharu rundingan di Kaherah untuk menghentikan permusuhan di Gaza telah berakhir dan Israel akan meneruskan operasinya di Rafah dan bahagian lain di Semenanjung Gaza seperti yang dirancang.
PRK KKB: 39,362 pengundi tunai tanggungjawab esok
SeramaiĀ 39,362 pengundiĀ akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) esok
Dell sahkan data 49 juta pelanggan dicuri penggodam
DELL menghantar notifikasi kepada pelanggan selepas mengesahkan mereka telah menjadi mangsa godam.
Masyarakat perlu bijak dalam memanfaat teknologi AI
Dalam pada itu, pensyarah Kulliyyah of Engineering (KOE) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Amir Akramin Shafie berkata, selain pemerkasaan pembanguan bakat, antara cabaran lain yang perlu diberi tumpuan ialah etika dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Katanya, cabaran tersebut perlu diatasi sebaiknya agar masyarakat tidak menyalahgunakan teknologi AI bagi tujuan yang negatif.
Katanya, cabaran tersebut perlu diatasi sebaiknya agar masyarakat tidak menyalahgunakan teknologi AI bagi tujuan yang negatif.
Pembangunan bakat dalam AI perlu diberi tumpuan
Pengarah AIBIG, Fakulti Sains dan Pengkomputeran, UMK, Dr Muhammad Akmal Remli berpandangan kerajaan perlu beri tumpuan kepada aspek pembangunan bakat dalam kecerdasan buatan (AI).
Kerjasama awam-swasta dalam meningkatkan infrastruktur teknologi
Menurut Ketua Penyelidik Pengujian & Kebolehgunaan Perisian Pendidikan, Jabatan Sains Komputer & Teknologi Digital, Fakulti Komputeran & Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Madya Ts Dr Shamsul Arrieya Ariffin, langkah ini akan membuka peluang untuk melatih lebih ramai individu dalam kemahiran AI yang diperrlukan dalam era digital ini.
Industri gergasi sudah bersedia, tugas KPT sediakan bakat
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi berpendapat industri sudah bersedia dengan integrasi kecerdasan buatan, dan tanggungjawab KPT untuk menyediakan bakal bakat muda.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi - PM
Akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin
Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar
Berdasarkan nas terdahulu, ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ia lebih baik daripada 1,000 bulan.
Al-Quran terjemahan dalam bahasa Dusun pertama dilancarkan di Sabah
Terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Dusun itu telah dicetak sebanyak 10,000 naskah dan diedarkan secara percuma.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan
Fahmi turut mengajak umat Islam meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sempena bulan penuh berkat ini.
'Jangan membangun sambil merobohkan' - Anwar
Malaysia tidak berpandukan teori ekonomi barat, sebaliknya mengikut apa yang diterapkan Al-Quran iaitu nilai, etika dan moral dalam pembangunan.
Replika jubah Nabi Adam antara tarikan Festival Seni Al-Quran
Replika jubah Nabi Adam setinggi 60 hasta adalah antara tarikan utama buat pengunjung Festival Seni Al-Quran Restu Global di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya yang akan bermula dari 23 Feb
Abbas bawa Al-Quran pada pertemuan pertama dengan Alana
YouTuber kelahiran Scotland, Alana Dee Dunsmore dan pelakon Abbas Mahmood sempat berkongsi detik indah pertemuan mereka.