KUALA LUMPUR: Penghuni sebuah kondominium di Setapak, ibu negara, meluah rasa kecewa dan bimbang kerana mendakwa terdapat beberapa isu provokasi berunsur keagamaan sehingga menimbulkan kegelisahan dalam kalangan mereka.
Difahamkan, penghuni kondominium itu telah membuat aduan kepada pihak pengurusan serta pengawal keselamatan namun sehingga kini tiada penjelasan atau tindakan diambil.
Menurut Setiausaha Persatuan Penduduk Kondominium itu, Mohd Zahrulail Md Rahim, isu pertama melibatkan dakwaan penutupan fasiliti surau selama dua hari pada 3 dan 4 Disember lalu tanpa sebarang notis.
"Surat telah dihantar oleh penduduk kepada pihak pengurusan untuk menjawab isu penutupan surau pada 10 Disember lalu, tetapi sehingga kini masih tiada maklum balas diterima.
"Surat berkenaan mengandungi tuntutan penjelasan dalam tempoh tujuh hari mengenai penutupan surau serta amaran agar tidak sewenang-wenangnya menganggu urusan ibadah dan aktiviti keagamaan penduduk yang beragama Islam.
"Selain itu, penghuni juga mendakwa berhadapan dengan provokasi yang berunsur keagamaan apabila terdapat tin arak disyaki sengaja diletakkan di hadapan pintu surau perumahan terbabit sehingga menimbulkan rasa kurang senang terutama penduduk beragama Islam," katanya kepada Astro AWANI, pada Rabu.
Mohd Zahrulail berkata, sebanyak tiga laporan polis telah dibuat berhubung isu berkenaan dan sehingga kini pihaknya masih menunggu siasatan oleh pihak berkuasa.
"Penduduk bimbang sekiranya isu provokasi keagamaan seperti ini akan mengundang situasi yang lebih buruk dan meningkatkan kemarahan mereka.
"Harapan saya dan penduduk adalah supaya kejadian provokasi seperti itu tidak berulang dan berharap pihak pengurusan kondominium telus dengan tindakan.
"Selain itu, kami juga berharap pihak polis dapat melakukan siasatan dengan terperinci berhubung isu ini," ujarnya.
Astro Awani
Wed Jan 03 2024
Penghuni juga mendakwa berhadapan dengan provokasi yang berunsur keagamaan apabila terdapat tin arak disyaki sengaja diletakkan di hadapan pintu surau perumahan terbabit.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
Tin arak sengaja diletak depan pintu surau kondominium
Isu pertama melibatkan dakwaan penutupan fasiliti surau selama dua hari pada 3 dan 4 Disember lalu tanpa sebarang notis.
Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.1 peratus pada 2024 - Kementerian Kewangan
Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.1 peratus merentasi semua sektor pada 2024 berikutan prestasi perdagangan global dan prospek sektor komoditi yang bertambah baik.
SOP Thaipusam: Upacara kavadi tidak dibenarkan
Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat turut menetapkan prosedur operasi standard (SOP) perayaan Thaipusam dilaksanakan bermula pada 16 hingga 19 Januari.
Krismas: Upacara sembahyang dan koir dibenarkan, aktiviti berkunjung untuk yang lengkap vaksinasi
KPN dalam satu kenyataan memaklumkan, SOP berkenaan akan dilaksanakan pada 24 dan 25 Disember 2021.
Had jemaah di masjid, surau Labuan kini dibenarkan separuh kapasiti - Jawi
Manakala bilangan jemaah bagi solat fardu dibenarkan separuh kapasiti dewan solat utama.
KPN tetapkan SOP rumah ibadat selain Islam untuk penerima lengkap vaksinasi
SOP bagi pembukaan rumah ibadat selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk penerima vaksin COVID-19 lengkap sudah diselaras.
[KOLUMNIS] Kelesuan pandemik: Impak psikologi akibat pandemik yang berpanjangan
Penulis membangkitkan persoalan mengapa kes positif COVID-19 tidak menunjukkan penurunan ketara walaupun 'lockdown' hampir satu bulan.
Hanya 12 jemaah dibenarkan Solat Jumaat, solat fardu di Perak
Hanya 12 orang sahaja yang terdiri daripada pegawai masjid dan surau Jawatankuasa Kariah sahaja, dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid dan surau berkuat kuasa solat Subuh esok.
KKM kesan 11 kluster baharu melibatkan tempat kerja, komuniti dan aktiviti keagamaan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 11 kluster baharu direkodkan sehingga jam 12.00 tengah hari pada Ahad.
PKP 3.0: Masjid, surau di Terengganu dibenar beroperasi dengan SOP ketat
Antara aktiviti dibenarkan adalah solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat dengan 40 jemaah lelaki sahaja.