awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan Melaka 2025 tarik lebih 15,696 peserta - Exco
Trump umum rancangan pembinaan dua kapal perang baharu
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 12 jemaah dibenarkan Solat Jumaat, solat fardu di Perak

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
31/05/2021
07:29 MYT
Hanya 12 jemaah dibenarkan Solat Jumaat, solat fardu di Perak
Hanya 12 orang sahaja yang dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid dan surau berkuat kuasa solat Subuh esok. - Gambar hiasan/BERNAMA
IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan titah perkenan bahawa hanya 12 orang sahaja yang terdiri daripada pegawai dan Jawatankuasa Kariah sahaja, dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid dan surau di negeri itu berkuat kuasa solat Subuh esok.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata Sultan Perak, telah disembah maklum tatacara dan panduan mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial dalam tempoh sekatan pergerakan penuh yang berkuat kuasa pada Selasa.
Katanya setelah mengambil maklum sembah nasihat dari Jabatan Kesihatan Negeri (KKM) dan Majlis Keselamatan (MKN) Negeri Perak, serta berlandaskan sembah nasihat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Baginda menzahirkan titah perkenan penguatkuasaan berkenaan.
“Bagi solat jenazah, tempat mengadakan solat bagi jenazah yang meninggal dunia di hospital, hendaklah berpandukan nasihat pihak hospital atau pegawai kesihatan.
“Tempat mengadakan solat bagi jenazah yang meninggal dunia di rumah, tertakluk kepada pilihan ahli keluarga sama ada diadakan di rumah, surau atau masjid.
“(Walau bagaimanapun) bilangan jemaah mendirikan solat jenazah, maksimum 12 orang termasuk imam,” katanya menerusi siaran media MAIPk berhubung Aktiviti Keagamaan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa Pertama di Perak, pada Isnin.
Sementara itu katanya lagi semua program pengimarahan masjid dan surau ditangguhkan selain aktiviti pengurusan masjid dan surau dilaksanakan secara maya.
“Baginda menzahirkan ingatan agar rakyat memahami tahap keseriusan penularan wabak dan turut mengambil tanggungjawab membantu usaha untuk memutuskan rangkaian jangkitan.
“Serta menyeru rakyat menunjukkan simpati kepada para petugas barisan hadapan, yang berada dalam keletihan, terutama para petugas perubatan dan kesihatan, dengan mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Sultan Perak
#Solat Jumaat
#PKP
#COVID-19
#sultan nazrin
#masjid di Perak
#surau di Perak
#sekatan pergerakan penuh
#jangkitan
#solat fardu
#aktiviti keagamaan
#KKM
#SOP
#full MCO
#total lockdown
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan