NATIONAL
Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika bertemu pengamal media pada pembukaan ' flagship OCBC Premier Private Centre' di Bangsar hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Ringkasan AI
- Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap stesen TV yang melanggar garis panduan.
- Fahmi Fadzil kecewa dengan Media Prima kerana membenarkan penonton lelaki berpakaian seperti wanita di AJL 39.
- JAKIM akan memanggil pihak berkaitan untuk penjelasan dan bimbingan.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata demikian sebagai mengulas isu penonton lelaki dilihat berpakaian seumpama wanita sewaktu menghadiri Anugerah Juara Lagu ke-39 yang disiarkan secara langsung Ahad lepas.
Fahmi berkata beliau kecewa dengan perkara tersebut kerana pihak stesen televisyen berkenaan sudah sedia maklum mengenai semua garis panduan yang terpakai.
"Seharusnya pihak Media Prima lebih bertanggungjawab. Saya amat kecewa dengan mereka yang menguruskan AJL (Anugerah Juara Lagu). Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka tahu, dan mereka membenarkannya, ini tidak baik," katanya.
Semalam Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee memaklumkan pihaknya akan segera mengambil tindakan berhubung isu berkenaan.
Beliau berkata JAKIM akan memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan mengadakan sesi perbincangan secara tertutup bagi memberikan nasihat dan bimbingan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami