awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan tegas perlu dikenakan kepada kontraktor yang tidak memuaskan - Nanta

Bernama
Bernama
09/09/2022
20:40 MYT
Tindakan tegas perlu dikenakan kepada kontraktor yang tidak memuaskan - Nanta
Nanta berkata isu kontraktor yang gagal mencapai berprestasi, tidak boleh dipandang ringan. - Foto BERNAMA
KUCHING: Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek di bawah inisiatif Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA), kata Pengerusinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau tidak menafikan buat masa ini terdapat beberapa kontraktor yang menjalankan projek di bawah agensi itu, menunjukkan prestasi teruk.
"Saya fikir kita tidak harus terlalu melayan permintaan mereka (kontraktor) untuk melanjutkan masa. (Ada juga) meminta untuk meneruskan sebagai kontraktor walaupun mereka tidak dapat menyiapkannya.
"Saya tidak mahu menyebut nama syarikat itu tetapi saya tahu yang ini (syarikat) yang mempunyai prestasi buruk di Katibas dan juga di kawasan Pelagus, ini adalah syarikat yang sama. Semua projek mereka tidak ada kemajuan tetapi mereka masih mahu projek," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita pada Bengkel Penglibatan Pihak Berkepentingan Projek SCORE-Access Road to Tunoh, Kapit di sini.
URDA ialah sebuah agensi di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Sarawak yang ditubuhkan pada 12 Julai 2017 untuk memacu pembangunan di kawasan meliputi Kapit, Kanowit, Song, Belaga dan Bukit Mabong, meliputi 41,186 kilometer persegi.
Nanta, Ahli Parlimen Kapit yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata isu kontraktor yang gagal mencapai berprestasi, tidak boleh dipandang ringan kerana dalam kebanyakan kes, wakil rakyat akan dipersalahkan oleh pengundi mereka atas masalah itu.
"Jadi, menjadi kewajipan kita untuk membetulkan perkara ini, kita kena sampaikan kepada rakyat. Terdapat banyak lagi kontraktor yang bagus. Kita harus sebarkan (beri peluang kepada orang lain).
"Kita tidak seharusnya memberi terlalu banyak projek kepada satu kumpulan tertentu, terlalu banyak projek sedangkan yang lain tidak berpeluang. Ia tidak adil," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#Kontraktor
#Agensi Pembangunan Ulu Rajang
#tindakan tegas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan