MALAYSIA
Tindakan tegas terhadap penyedia media sosial gagal patuhi peraturan - MCMC

MCMC telah mengenal pasti beberapa saluran dalam talian yang dilapor menyebarkan maklumat palsu, kandungan jelik melampau serta unsur berbaur ancaman. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus mengambil tindakan tegas termasuk langkah perundangan terhadap mana-mana penyedia media sosial yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.
Menurut MCMC dalam kenyataan hari ini peringatan itu dikeluarkan susulan tahap pematuhan dalam kalangan penyedia platform masih berada pada tahap tidak memuaskan meskipun usaha berterusan telah dilakukan termasuk sesi rundingan.
Menurut suruhanjaya itu langkah tersebut penting bagi memastikan ekosistem digital negara kekal selamat, berintegriti dan mematuhi kerangka perundangan sedia ada.
"MCMC telah mengenal pasti beberapa saluran dalam talian yang dilapor menyebarkan maklumat palsu, kandungan jelik melampau serta unsur berbaur ancaman."Kandungan-kandungan yang diterbitkan bukan sahaja mengelirukan orang awam, bahkan boleh melemahkan kepercayaan orang awam terhadap institusi awam sekali gus berpotensi menggugat ketenteraman awam," menurut kenyataan itu.
Menurut MCMC pihaknya kekal komited dalam usaha melindungi orang awam daripada ancaman kandungan berbahaya bagi memastikan internet menjadi ruang yang selamat, beretika dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami