awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN perkenal aplikasi Whatsapp, platform pertanyaan cukai baharu
Letupan di Universiti HELP: Dua pelajar masih menerima rawatan
PERKESO sedia salur bantuan mangsa letupan gas Universiti HELP - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas pihak sebar gambar mangsa tikaman pelajar - MCMC

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2025
02:10 MYT
Tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas pihak sebar gambar mangsa tikaman pelajar - MCMC
Komunikasi dan Multimedia Malaysia menegaskan, perbuatan menyebarkan gambar atau video mangsa bukan sahaja melanggar privasi dan maruah keluarga terlibat, serta menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia.
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa semua pihak agar bertindak dengan penuh tanggungjawab dan tidak berkongsi, menghantar semula atau memuat naik sebarang kandungan.
Suruhanjaya itu juga menasihatkan orang ramai tidak berkongsi gambar atau video, yang memaparkan mangsa, pelajar lain atau lokasi kejadian.
Gesaan tersebut menyusul susulan insiden tragis melibatkan remaja perempuan berusia 16 tahun yang maut akibat ditikam oleh seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, pada Selasa.
MCMC dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu menjelaskan, sekiranya kandungan sedemikian telah dimuat naik, orang ramai dinasihatkan supaya segera memadamkannya.
"Perbuatan menyebarkan gambar atau video mangsa bukan sahaja melanggar privasi dan maruah keluarga terlibat, serta menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"MCMC turut mengingatkan bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang mengedarkan kandungan sedemikian di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," tegasnya.
Pada masa sama, MCMC turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar perempuan terlibat.
Topic Berkaitan
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#SKMM
#pelajar ditikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan