GEORGE TOWN: Tindakan seorang wanita yang didakwa mengerjakan umrah berpakaian ihram seperti jemaah lelaki disifatkan sebagai tindakan yang tidak berakal dan sengaja mempermain atau mempersenda agama Islam.
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata tindakan dilakukan wanita itu hanya memudaratkan diri sendiri, malah agama Islam bukan bahan mainan atau sendaan.
"Seorang Muslim dituntut menghormati dan mengagungkan agamanya, malah tindakan wanita itu disifatkan sebagai hanya memudaratkan diri sendiri sedangkan agama Islam sedikit pun tidak terjejas oleh tindakan yang tidak berakal itu.
"Melakukan perbuatan yang berlawanan dengan hukum Islam secara sengaja bererti mempermain atau mempersenda agama, dengan tindakan sedemikian pelakunya menjadi kafir. Jika tidak bertaubat dia akan dihumban ke neraka dan akan menerima seksaan yang dahsyat di akhirat nanti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Salim berkata banyak lagi cara untuk mencari populariti, namun bukan dengan menjadikan agama sebagai bahan mainan atau sendaan kerana ia tindakan jelas sekali menghina agama.
''Agama Allah tetap berkembang pesat dari semasa ke semasa...semakin ramai manusia menganutnya terutama dalam kalangan para ilmuwan dan cerdik pandai dalam pelbagai bidang ilmu dan kerjaya,'' katanya.
Semalam, tular video berdurasi 17 saat yang memaparkan seorang wanita yang didakwa sebagai rakyat tempatan berada di Tanah Suci Mekah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki dan perkara itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dilaporkan berkata pihaknya memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan terhadap wanita yang didakwa mengerjakan umrah berpakaian ihram lelaki malah agensi yang menguruskan umrah wanita terbabit juga akan dikenakan tindakan jika benar dakwaan seperti ditularkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 13 2022
Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata tindakan dilakukan wanita itu hanya memudaratkan diri sendiri, malah agama Islam bukan bahan mainan atau sendaan. - Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Tindakan wanita berpakaian ihram ketika umrah tidak berakal
Melakukan perbuatan yang berlawanan dengan hukum Islam secara sengaja bererti mempermain atau mempersenda agama.