Aspek kesiapsiagaan dalam hal pemantauan oleh pihak berkuasa perlu dipertingkatkan lagi bagi mengelakkan kes pencemaran di kawasan sumber air mentah terus berlaku, yang akhirnya memberi kesan terhadap bekalan air.
Pakar kualiti air Dr Mohd Yusoff Ishak menegaskan langkah proaktif itu amat penting berikutan beberapa kes pencemaran bau yang menyebabkan gangguan bekalan air di Selangor baru-baru ini.
BACA: Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 72 jam - Air Selangor
BACA: Pengguna terjejas dijangka terima bekalan air menjelang tengah malam ini - MB Selangor
"Ini kali ketiga (pencemaran air) yang berlaku menyebabkan ramai yang terjejas," kata pensyarah kanan Fakulti Pengajian Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia itu kepada Bernama.
Pada 21 Dis lepas, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih, berpunca daripada perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu membuang bahan sisa buangan haram di lurang pembetungan sekitar loji milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd.
Susulan penutupan itu, 366 kawasan dengan akaun pengguna sebanyak 328,957 di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang telah terjejas.
"Untuk tahun ini, sebelum ini di lokasi sama iaitu LRA Sungai Semenyih (terjejas dengan pencemaran) dan di Nilai, Negeri Sembilan apabila disyaki akibat dalang pencemaran daripada kawasan perindustrian Nilai," katanya.
Sementara itu, Mohd Yusoff berkata penggunaan teknologi yang lebih canggih adalah amat penting dalam usaha mencegah pencemaran sungai.
"Contohnya, kita perlu menggunakan dron (kamera) dan pemantauan itu mestilah berdasarkan data kerana bagi saya, CCTV (kamera litar tertutup) kurang praktikal.
"Kita perlu menyasarkan beberapa loji sisa kumbahan (untuk dipantau) yang kita rasa berpotensi untuk mencemarkan sumber air," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abdul Halem Mat Som berkata Air Selangor yang berperanan menjaga LRA dari segi pengeluaran dan pengagihan bekalan air mempunyai pasukan pakar yang memantau dari segi kualiti air sungai.
"Pasukan pakar akan menyelusuri kawasan sungai, pertama di muka sauk dan kemudian di kawasan lain seperti kawasan hulu bagi memantau dari segi pencemaran serta tidak membiarkan air tercemar sampai masuk dalam loji rawatan.
"Dia (pasukan pakar) akan beri makluman (sekiranya air tercemar) lebih awal. Bermakna kita mampu mengesan lebih awal jika pencemaran bakal berlaku," katanya.
Selain itu, Abdul Halem berkata Air Selangor turut mengambil langkah dengan melakukan program bagi mendidik orang awam supaya peka dengan alam sekitar dan sungai.
"Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa sungai adalah sumber utama air mentah kita. Kadang-kadang, apabila dia (pihak tidak bertanggungjawab) buang (sampah) ke longkang, tanpa dia sedar apa yang dibuang itu akan sampai ke sungai," katanya.
Sehubungan itu, pihaknya bercadang melaksanakan kempen serta tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan lebih kerap untuk memberi makluman kepada orang ramai berhubung kepentingan menjaga sungai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 28 2019
Pakar kualiti air, Mohd Yusoff berkata penggunaan teknologi yang lebih canggih adalah amat penting dalam usaha mencegah pencemaran sungai. - BERNAMA
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek