awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tingkatkan tahap capaian internet di kawasan pelancongan - Fahmi Fadzil

Bernama
Bernama
08/05/2023
10:46 MYT
Tingkatkan tahap capaian internet di kawasan pelancongan - Fahmi Fadzil
Fahmi berkata perkara itu harus diberi perhatian oleh penyedia perkhidmatan agar pengguna menikmati kepuasan setimpal dengan kos yang dibayar. - Gambar fail/Bernama
BANTING: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menggesa syarikat telekomunikasi di negara ini untuk mempertingkatkan tahap perkhidmatan mereka termasuk capaian internet di kawasan tumpuan pelancong.
Fahmi berkata perkara itu harus diberi perhatian oleh penyedia perkhidmatan agar pengguna menikmati kepuasan setimpal dengan kos yang dibayar kepada syarikat telekomunikasi untuk langganan perkhidmatan.
"Jika kita lihat ada kawasan pelancongan di tempat-tempat tertentu berdepan masalah liputan internet dan telekomunikasi sedangkan mereka telah membayar amaun yang banyak untuk pakej tertentu kepada syarikat telekomunikasi.
Maka sepatutnya pelanggan ini dapat menikmati perkhidmatan seperti yang diharapkan di mana sahaja mereka berada," katanya kepada pemberita selepas majlis sesi ramah mesra Program Kembara Media 2023 di Gamuda Cove di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
Menurut Fahmi kementeriannya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memberi perhatian terhadap isu berkenaan supaya ia dapat diatasi demi manfaat orang ramai.
"Apa yang kita sedang usahakan melalui MCMC ialah memberi satu tugasan kepada syarikat (supaya bertindak) tidak boleh segala-galanya seperti biasa," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi memuji usaha pihak media dalam melaporkan masalah liputan internet dan yakin ia dapat memberi kesedaran kepada pihak penyedia perkhidmatan terbabit untuk mengambil tindakan proaktif dalam menangani isu berkenaan.
Program Kembara Media anjuran Jabatan Penerangan Malaysia selama empat hari bermula Isnin disertai 22 pengamal media bertujuan menyusuri keindahan serta landskap pelancongan yang terdapat di Selangor serta Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#Internet
#Fahmi Fadzil
#kawasan tumpuan pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan