Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengecam tindakan seorang pelumba 'luge' jalanan yang dirakam melucur secara berbahaya di atas jalan raya antara Seremban dan Jelebu pada Ahad lalu.
Tiong Lai berkata, beliau akan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), untuk melihat lanjut perkara ini sebelum mengambil tindakan yang seterusnya.
Jelasnya, 'luge' tidak dibenarkan digunakan di jalan raya seperti kenderaan lain kerana mempunyai risiko tinggi, melainkan mendapat kebenaran daripada pihak penguatkuasa.
Bercakap pada sidang media di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, beliau bimbang keselamatan orang awam dengan tindakan tidak bertanggungjawab pelumba berkenaan.
Rakaman video berudasi 1 minit 4 saat itu dimuat naik di Facebook oleh bekas Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Seng Kok yang kebetulan melalui laluan berkenaan.
Dalam status Facebooknya, Loh juga berkata pelumba berkenaan memotong keretanya dengan memecut di laluan kiri jalan.
Loh juga menyuarakan kebimbangannya mengenai tindakan pelumba berkenaan, sekiranya berlaku pelanggaran secara tiba-tiba, di mana ia akan meyebabkan kecederaan yang serius.