awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tips elak 'spoiler' filem Star Wars di laman sosial

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
16/12/2015
10:49 MYT
Tips elak 'spoiler' filem Star Wars di laman sosial
Terdapat beberapa perisian yang mampu mengelakkan anda terbaca spoiler Star Wars: The Force Awakens sebelum sempat menonton filem itu.
Bagi para peminat Star Wars, beberapa hari pertama tayangan bakal menjadi mimpi ngeri untuk mereka melayari Internet.
Sama ada di Facebook, Twitter, atau mana-mana plaform media sosial — plot, adegan penting, dan pandangan tentang The Force Awakens akan membanjiri dunia maya.
Hal ini pasti mengecewakan buat peminat yang terpaksa menonton filem tersebut lebih lewat gara-gara kehabisan tiket atau kekangan jadual harian.
Bagaimanakah caranya untuk anda mengelak sebarang spoiler namun dalam masa yang sama dapat melayari Internet seperti biasa?
Ada beberapa perisian yang boleh membantu anda.
Unspoiler Chrome extension
Perkara pertama yang boleh anda lakukan ialah memasang Unspoiler Chrome extension pada pelayar Chrome. Perisian ini membenarkan anda memberitahu topik yang anda tidak ingin tahu, kemudian segala tajuk dan isi kandungan artikel yang berkaitan akan ditutup dengan garisan merah.
FB Purity for Facebook & Tweetdeck
Kedua-dua perisian ini membenarkan anda menyenaraikan mana-mana perkataan seperti “Star Wars” yang tidak akan dipaparkan di akaun Facebook dan Twitter anda.
Anda juga boleh menapis akaun pengguna Facebook tertentu yang anda fikir akan membocorkan plot dan perkembangan menarik dalam filem ketujuh francais Star Wars itu, agar kemaskini status mereka tidak terpapar pada suapan berita.
Sekiranya anda masih ragu-ragu, cara terbaik pastinya mengelakkan diri dari mengakses Internet secara mutlak sebelum anda ke pawagam untuk menonton filem ini. Namun dalam era masa kini yang bernafas dengan media sosial, pilihan ini mungkin mustahil.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Star Wars
#The Force Awakens
#Tweetdeck
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan