SERDANG: Sejenis spesies tiram, satu-satunya yang terdapat di dunia dan hanya terdapat di muara Sungai Muar di Johor telah disahkan sebagai spesies baharu dan dinamakan Crassostrea (Magallana) saidii.
Kerjasama penyelidikan antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Queen's University Belfast telah mengesahkan bahawa spesies itu tidak terdapat di kawasan lain di dunia.
Spesies itu dikenali sebagai ‘tiram putih’ dalam kalangan penduduk dan nelayan tempatan kerana isinya yang berwarna putih krim dan berkualiti tinggi.
Ia lebih mendapat sambutan penggemar tiram berbanding spesies Crasssotrea belcheri (tiram kapak) yang juga boleh dijumpai di muara Sungai Muar. Spesies tiram kapak pula memiliki kulit yang lebar manakala isinya berwarna kelabu, coklat.
Penyelidik, Dr Nur Leena Wong dari Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata spesimen Crassostrea (Magallana) saidii yang dikenal pasti oleh nelayan tempatan itu disahkan identitinya melalui ujian DNA.
Spesies itu mendapat perhatian Dr Nur Leena apabila seorang penduduk tempatan Muar, Md Saidi Mohamed, menghubungi UPM pada 2017 mengenai masalah populasi tiram yang semakin berkurangan di muara Sungai Muar.
Katanya, hasil daripada usaha Md Saidi dalam memelihara warisan semulajadi itu, pasukan UPM dapat memahami biologi dan ekologi spesies unik itu dengan lebih mendalam.
“Walaupun spesies tiram sukar dikenal pasti melalui morfologi luaran, penyelam tiram tempatan yang berpengalaman dapat membezakannya.
“Saya kagum dengan ketepatan penyelam tiram dalam membezakan spesies tiram. Spesimen yang dikenal pasti oleh nelayan tempatan ini telah disahkan identitinya melalui ujian DNA, sekali gus membuktikan kepentingan ilmu dan pengetahuan yang dimilki warga tempatan yang membawa kepada penemuan saintifik,” katanya.
Menurutnya, kaedah unik ‘menyelam tiram’ untuk mengambil tiram di Sungai Muar telah tercatat dalam sejarah dan jurnal Kapten British seawal tahun 1858 dan kaedah itu masih dilakukan sehingga kini. Penternakan tiram di dasar sungai merupakan warisan terkenal di muara Sungai Muar.
Katanya, kayu bakau sepanjang 20 kaki (6.1 meter), akan dipacakkan ke dasar sungai di sebelah bot, dan penyelam akan turun menyelam mengikut kayu itu dan mengambil tiram di dasar sungai menggunakan tangan.
Menurutnya, tiram putih atau tiram premium itu pernah dijadikan makanan istimewa untuk golongan diraja serta pegawai tinggi, dan kemudian pada awal 1990-an dieksport ke pasar di Singapura.
Dr Nur Leena yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Akuakultur, Fakulti Pertanian UPM dan Ketua Unit Muzium dan Herbarium berkata, tiram itu dinamakan Crassostrea (Magallana) saidii sebagai mengiktiraf usaha Md Saidi mempromosikan penyelidikan dan pemuliharaan spesies tiram berkenaan.
Katanya, penyelidikan bersama oleh beliau (Dr. Nur Leena) dengan rakan penyelidik dari Queen's University Belfast, Dr Julia Sigwart bermula dengan pengambilan sampel pada 2017 sebelum kajian biologi kitar pembiakan pada 2018 dan 2019.
Beliau berkata, mereka mengumpul dan membandingkan data dengan koleksi data berkaitan tiram yang terdapat di muzium di United Kingdom, dan spesies yang terdapat di Asia, dan mendapati tiada rekod DNA yang sama dengan tiram putih di muara Sungai Muar itu.
Katanya, mereka terkejut kerana selepas lebih 160 tahun tiram itu diketahui dan dituai secara komersial di muara Sungai Muar, ia tidak mempunyai nama saintifik.
Justeru, mereka menghantar kertas penemuan kajian itu tahun lalu ke jurnal Marine Biodiversity, yang berpangkalan di Jerman.
Pada 12 Oktober 2021, nama sainstifik Crassostrea (Magallana) saidii untuk tiram itu diperakukan Dr. Nur Leena berkata, fokus penyelidikan kini adalah kepada pembenihan tiram itu melalui pendekatan akuakultur untuk memperbanyakkannya.
Katanya, kajian juga dilakukan untuk mengenal pasti kualiti air dan kadar kemasinan air yang paling sesuai untuk pembiakan Crassostrea (Magallana) saidii.
Menurutnya, pada masa ini ianya hanya hidup di muara Sungai Muar dengan kemasinan air 8 hingga 25 PPT, dan tidak boleh hidup di air laut.
“Pemuliharaan populasi kecil tiram ini amat diperlukan untuk memastikan kelestariannya,” katanya.
*Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Thu Nov 04 2021
Dr Nur Leena Wong menunjukkan spesies baharu tiram dikenali sebagai tiram putih' atau nama saintifiknya, Crassostrea (Magallana) saidii yang dijumpai di muara Sungai Muar, Johor. - Foto UPM
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Tiram di muara Sungai Muar disahkan spesies baharu, tidak terdapat di kawasan lain dunia
Spesies itu dikenali sebagai tiram putih dalam kalangan penduduk dan nelayan tempatan kerana isinya yang berwarna putih.