MALAYSIA
Titah Adendum: Najib buat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara

Muhammad Shafee mewakili Najib membuat laporan di IPD Dang Wangi pada Isnin. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat laporan polis terhadap mantan Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berhubung isu Titah Adendum.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Najib Razak buat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin, berkaitan isu Titah Adendum yang masih belum mendapat pengesahan rasmi.
- Laporan dibuat oleh peguamnya di IPD Dang Wangi, selepas permohonan Najib untuk membuat laporan dari penjara tidak dibenarkan.
- Laporan melibatkan Seksyen 204 dan 209 Kanun Keseksaan, berkait dakwaan kegagalan memberikan maklum balas terhadap tujuh surat rasmi yang dihantar kepada pihak berwajib.
“Namun, permohonan itu tidak mendapat maklum balas positif. Oleh itu, beliau telah mengarahkan saya untuk membuat laporan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di hadapan IPD Dang Wangi di sini pada Isnin.
Shafee memaklumkan, laporan dibuat terhadap Ahmad Terrirudin mengikut Seksyen 204 dan Seksyen 209 Kanun Keseksaan.
“Kesalahan-kesalahan yang didakwa dalam laporan itu adalah berkaitan dengan Titah Adendum. Saya tidak akan mengulas lebih lanjut kerana laporan ini adalah dokumen siasatan,” ujarnya.
Terdahulu, pada 29 Mei lalu, Shafee memaklumkan bahawa Najib masih belum menerima sebarang jawapan meskipun tujuh surat telah dihantar bagi mendapatkan pengesahan mengenai kewujudan Titah Adendum tersebut.
Dalam satu sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Shafee menjelaskan bahawa surat-surat itu telah dihantar kepada Peguam Negara ketika itu, Ahmad Terrirudin, Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Ketua Pengarah Penjara.
Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang jawapan atau pengesahan bahawa surat-surat tersebut telah diterima oleh mana-mana pihak berkenaan. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami