awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/02/2025
05:25 MYT
Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Reaksi Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen pembangkang ketika mendengar jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang kerana perkara itu masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa beliau berpegang kepada prinsip undang-undang dan tidak mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana ia masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.
  • Perdana Menteri menyatakan bahawa pembangkang seolah-olah tidak menghiraukan prinsip subjudis dan terus menekan untuk mendapatkan jawapan segera, walaupun beliau telah memberi jaminan bahawa penjelasan akan diberikan selepas kes selesai.
  • Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa keadaan ekonomi negara berada dalam trend positif berdasarkan data pelaburan, pasaran saham dan bon, serta keuntungan syarikat-syarikat tempatan.

Namun katanya, pembangkang seolah-olah tidak menghiraukan prinsip subjudis dan cuba bertindak above the law.
Beliau berkata, meskipun pembangkang terus menekan untuk mendapatkan jawapan segera, beliau telah memberi jaminan di Parlimen bahawa segala penjelasan akan diberikan selepas kes selesai.
"Saya tidak faham, maksud dia apa? Soal tidak jawab adendum saya sudah bagi tahu saya nak jawab macam mana, ini kes mahkamah. Saya boleh jawab, saya dah bagi jaminan di Parlimen. Selesai kes mahkamah saya akan jawab, saya nak tengok Ketua Pembangkang (Datuk Seri Hamzah Zainudin) hadir atau tidak.
"Nak lari daripada mana? Kamu boleh jerit banyak mana pun. Saya tahu faktanya, tapi nak suruh singgung kedudukan Raja, saya tak boleh. Dalam hal ini, boleh periksa saya memang (ada) hubungi (Majlis ) Raja-Raja," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.
Sebelum ini, kerajaan sudah memaklumkan tindakan untuk tidak membincangkan isu Titah Adendum adalah selaras dengan prinsip pemisahan kuasa.
Sementara itu, Perdana Menteri turut memberitahu, keadaan ekonomi negara berada dalam trend positif, berdasarkan data pelaburan, pasaran saham dan bon, serta keuntungan syarikat-syarikat tempatan.
"Saya nak tanya angka ini dari mana? Pelaburan meningkat jadi cakap itu tidak bertanggungjawab sebab itu kita jawab tegas, cakap mengarut tidak berdasarkan fakta.
"Semua angka dari bon, dari pelaburan, daripada pasaran saham, dari segi keuntungan syarikat semua menunjukkan upward dan sebab menjadi perhatian beberapa syarikat antarabangsa dan pelawat-pelawat dunia itu dilihat angka-angka ini.
"Nasib baik dia (pelabur) tidak dengar Ketua Pembangkang, kalau tidak tak datang dia," sindirnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Titah Adendum
#Najib Razak
#Dewan Rakyat
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan