awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Titah sulung Sultan Ibrahim tumpuan Istiadat Pembukaan Parlimen Isnin depan

Bernama
Bernama
24/02/2024
09:50 MYT
Titah sulung Sultan Ibrahim tumpuan Istiadat Pembukaan Parlimen Isnin depan
Ucapan Seri Paduka bukan sekadar dinantikan Ahli Parlimen, tetapi juga rakyat yang ingin mengetahui inti pati Titah Diraja. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Titah sulung Sultan Ibrahim selepas dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Jan lepas, bakal menjadi tumpuan pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15, Isnin depan (26 Feb).
Disiarkan secara langsung pada 10 pagi menerusi siaran rasmi dan platform dalam talian, ucapan Seri Paduka bukan sekadar dinantikan Ahli Parlimen, tetapi juga rakyat yang ingin mengetahui inti pati Titah Diraja.
Sebelum urusan Titah Diraja berlangsung di dalam Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dijadual berangkat ke Dataran Parlimen bagi istiadat pemeriksaan kawalan kehormatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kedua-dua timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; barisan jemaah menteri serta ketua perwakilan asing turut dijadual menghadiri istiadat berkenaan.
Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan kali ini akan berlangsung 19 hari dengan tumpuan utama adalah perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-ahli Parlimen dari 27 Feb hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.
Persidangan Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang antaranya Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
Selain itu, rang undang-undang bagi merealisasikan penubuhan sebuah agensi tunggal sempadan negara (SBA) turut dijangka dibentang di Parlimen pada suku pertama tahun ini.
Penubuhan SBA seperti diumumkan Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2024 adalah sebahagian daripada inisiatif memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara.
Minggu pertama sidang Dewan Rakyat juga dijangka melibatkan prosiding berhubung pengurusan pelaksanaan projek Sistem Tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang adalah pada 30 Nov tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
#titah sulung
#pembukaan parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan