Telekom Malaysia Berhad (TM) menyasarkan untuk menaik taraf perkhidmatan pengguna Streamyx kepada Unifi menjelang Mac tahun hadapan.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata perkhidmatan itu sedang dinaik taraf secara berperingkat dengan syarat pengguna berada di dalam kawasan yang mempunyai capaian Unifi.
"Sekiranya pengguna berada di luar kawasan atau tidak mempunyai capaian Unifi, maka alternatif yang ditawarkan ialah menaik taraf kelajuan Streamyx mereka sehingga 8 Mbps atau bakal menerima capaian 4G LTE yang mempunyai tahap capaian yang lebih baik.
"Semua naik taraf ini adalah secara percuma tanpa melibatkan apa-apa kos tambahan," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Ismail Ibrahim yang ingin tahu langkah kerajaan menangani masalah gangguan Streamyx dan mengimbangi kos yang tinggi oleh pelanggan Streamyx berbanding kapasiti langganan data bagi pengguna luar bandar.
Eddin Syazlee berkata semua langkah ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk mengimbangi kos perkhidmatan 'Streamyx' yang agak tinggi pada ketika ini, sedangkan pada masa yang sama kapasiti lebih tinggi dengan Unifi ditawarkan pada harga lebih rendah.
Menjawab soalan tambahan, beliau berkata buat masa ini kerajaan belum bercadang menurunkan kadar harga Streamyx. -- Bernama
Bernama
Mon Dec 17 2018

Seorang lelaki dilihat menggunakan telefon pintar ketika melayari internet di TM Point, Menara TM 5 Julai lalu. - BERNAMA

V-SAT bantu penduduk pedalaman Sabah berhubung dengan dunia luar
Penyediaan perkhidmatan teknologi satelit Very Small Aperture Terminal, V-SAT yang dilaksanakan kerajaan amat dinantikan penduduk di kawasan pedalaman Sabah.

Jiwa Murni | Kementerian Pertahanan peruntuk RM10 juta untuk Projek Jiwa Murni
Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM10 juta untuk membina dan membaik pulih kemudahan awam termasuk membina 50 unit rumah di seluruh negara melalui Projek Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumbangan | Wanita mohon sumbangan mesin oksigen
Seorang wanita yang menghidap pelbagai penyakit kronik serta tidak mampu berjalan rayu sumbangan mesin oksigen. Sahdiya Jubail, 39, memiliki masalah pernafasan yang teruk, sakit buah pinggang, kencing manis dan jantung.

Seludup Ketum | Lima lelaki warga Thailand ditahan
Lima lelaki warga Thailand ditahan ketika cuba menyeludup keluar 355.5 tan daun ketum ke Thailand. Cubaan itu berjaya dipatahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di satu laluan tikus di Padang Terap, pada 9.30 malam Sabtu.

Bruno Fernandes nafi tenggelam perlawanan besar
Fernandes menjadi nadi di Old Trafford sejak dipancing daripada Sporting CP pada Januari tahun lalu.

Lawatan PM | Pintu Kaabah dibuka untuk Perdana Menteri
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah Umrah. Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

PAS | Muktamar PAS diadakan selepas PRU-15
Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan PAS akan tangguhkan Muktamarnya yang ke 67. Jelas beliau penangguhan muktamar termasuk pemilihan diputuskan bagi memberi tumpuan kepada perihal pilihan raya.

PAS | Komited satukan parti Melayu Islam
PAS akan terus pujuk UMNO untuk kekal kerjasama dengan BERSATU. Kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, parti itu masih mahu meneruskan komitmen yang dipersetujui sebelum ini.

AWANI Ringkas: Tiada hukuman jika enggan disuntik vaksin

8 kesalahan ketika menggunakan 'air fryer' yang ramai tak tahu
Sama seperti perkakasan dapur yang lain, penggunaan yang betul boleh memanjangkan hayat fungsinya dan memberi hasil masakan yang terbaik.

Asri Hamidon, Ralph Marshall dilantik terajui DNB - Kementerian Kewangan
Gabungan lantikan profesional merupakan kombinasi kemahiran dan pengalaman tepat membina, memiliki dan menguruskan rangkaian 5G Malaysia

Penubuhan SPV demi pastikan liputan diperbaiki, syarikat penyedia tidak terbeban - MCMC
Pada masa sama penyedia perkhidmatan sedia ada dapat meneruskan usaha pelaksanaan gentian optik serta memperbaiki liputan dan kualiti 4G, jelas MCMC menerusi satu kenyataan.

MCMC lepasi sasaran awal pemasangan jalur lebar gentian optik tetap sebanyak 123.1 peratus
Untuk tempoh 2020 hingga 2022, MCMC merancang untuk membina 1,661 tapak baharu di seluruh Malaysia bagi meluaskan liputan 4G di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Kampung Watt Paya Mat Anson terima liputan 4G pada Februari 2021 - MCMC
Perkhidmatan jalur lebar di Kampung Watt Paya Mat Inson, di Pendang, Kedah daripada taraf 3G kepada 4G dijangka selesai pada Februari 2021.

SKMM tambah baik kemudahan internet bagi Orang Asli di Cameron Highlands
Kemudahan telekomunikasi di perkampungan Orang Asli di negara ini sentiasa dipertingkat bagi memastikan masyarakat itu, khususnya generasi muda, tidak ketinggalan dalam era yang serba serbi digital.

Sabah akan pastikan projek Jendela dilaksanakan dengan lancar - Hajiji
Kini, liputan telekomunikasi digital di Sabah masih ketinggalan, dengan banyak tempat masih dalam keadaan 'gelap' tanpa penerimaan internet.

Inisiatif Jendela: COVID-19 buka mata tambah baik kualiti jaringan internet 4G
Pengerusi MCMC akui rangkaian sedia ada tidak mampu menampung permintaan yang meningkat dengan mendadak.

MCMC ambil pendekatan responsif tangani masalah capaian internet seluruh negara
Isu kesalinghubungan yang berlaku di beberapa lokasi seperti di Pitas dan Tuaran di Sabah, serta Bukit Selambau di Kedah telah diberi perhatian serius dan disusuli dengan tindakan oleh MCMC.

KKMM rancang bina 500 menara telekomunikasi baharu di seluruh negara
Rancangan itu merupakan antara inisiatif penyediaan perkhidmatan jalur lebar yang sedang dalam peringkat pelaksanaan.

Dua menara telekomunikasi baharu untuk penduduk DUN Slim
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua menara tersebut dijangka beroperasi menjelang suku kedua tahun 2021.