Telekom Malaysia Bhd (TM) mengulangi komitmennya untuk menangani isu Streamyx yang dihadapi pelanggannya dengan cara yang lebih komprehensif.
Syarikat utiliti itu berkata, pelaburan yang berterusan sudah dibuat bagi meningkatkan rangkaian gentian dan tembaganya sejak beberapa tahun lalu bagi memberikan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan liputan seluruh negara yang lebih luas di sebalik keterbatasan teknologi yang dihadapi rangkaian lama tembaganya.
"Liputan perkhidmatan LTE 4G kami pada masa ini melebihi 77 peratus populasi di kawasan bandar serta luar bandar dan bersama rakan niaga kami, melengkapkannya dengan 90 peratus liputan perkhidmatan 3G.
"Bagi membolehkan mudah alih yang lebih selesa, syarikat juga meningkatkan liputan Wifi dan kualiti perkhidmatan dengan lebih 12,000 hotspot di seluruh negara sehingga kini," kata TM dalam satu kenyataan hari ini.
Syarikat telekomunikasi itu menjelaskan bahawa, naik taraf kelajuan unifi mudah untuk dilaksanakan kerana ia menggunakan gentian dan syarikat pada masa ini memberikan tumpuan kepada Streamyx dan pelanggan jalur lebar bangunan tinggi bagi meningkatkan pengalaman mereka melalui Pelan Peningkatan Jalur Lebar, yang bermula pada 2016.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Unifi, Imri Mokhtar, berkata lebih 340,000 pelanggan yang tinggal di kawasan jalur lebar gentian masih belum menjadi sebahagian 1.26 juta komuniti unifi.
"Sehingga kini, kami berjaya menaik taraf hampir 50 peratus pelanggan ini kepada unifi tanpa tambahan kos terhadap bil semasa mereka. Kami menggesa pelanggan selebihnya untuk mengambil peluang ini dan menyelesaikan naik taraf unifi menjelang Mac 2019.
Imri berkata, keterbatasan tembaga lebih jelas kepada pelanggan Streamyx, dengan 8 Mbps adalah kelajuan jalur lebar terbaik yang dapat diberikan hari ini.
"Kami menghargai kepercayaan dan penghargaan pelanggan setia dan juga kesabaran serta memahami, Jika secara teknikalnya membenarkan, kami akan meningkatkan sekali ganda kelajuan Streamyx tanpa kos tambahan terhadap bil jalur lebar semasa.
"Hampir 180,000 pelanggan Streamyx boleh mengharapkan naik taraf percuma ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 21 2018
Keterbatasan tembaga lebih jelas kepada pelanggan Streamyx, dengan 8 Mbps adalah kelajuan jalur lebar terbaik yang dapat diberikan hari ini.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Malaysia jadi hab pembuatan peralatan 5G Ericsson bagi Asia Pasifik
Malaysia telah dipilih sebagai hab pembuatan bagi peralatan telekomunikasi 5G Ericsson di rantau Asia Pasifik (APAC) yang menghasilkan radio terkini teknologi itu bermula pada suku ketiga 2022.
TM ulangi komitmen tangani isu Streamix
Telekom Malaysia Bhd (TM) mengulangi komitmennya untuk menangani isu Streamyx yang dihadapi pelanggannya dengan cara yang lebih komprehensif.
Google perkenal logo baharu
Syarikat gergasi Internet, Google memberi nafas baru dengan menukar logonya untuk menepati kesesuaian peralatan mudah alih.