JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan untuk mencari penyelesaian tetap terhadap masalah banjir yang sering melanda negeri ini.
Baginda bertitah antara perkara penting perlu diambil perhatian adalah sistem saliran dan perparitan yang mampu menampung kapasiti air hujan yang tinggi, pengurusan sungai efektif serta kesiapsiagaan tinggi untuk menghadapi bencana.
"Bencana banjir ini merupakan masalah yang berlaku hampir setiap tahun.
"Walaupun ada penambahbaikan dalam usaha tebatan banjir sejak peristiwa 2006, tetapi saya berhasrat untuk mencari penyelesaian tetap kepada masalah banjir di Johor," titah Tunku Ismail menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda hari ini.
Tunku Ismail berpendapat bahawa langkah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, susulan itu baginda akan menganjurkan program pembersihan sungai di Johor dan program khas pada Februari ini.
"Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan sungai-sungai kita.
"Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) dan sekeluarga akan terus berusaha bersama pihak kerajaan dalam mencari penyelesaian tetap agar rakyat Johor tidak perlu berdepan dengan bencana banjir lagi," titah baginda.
Terdahulu, baginda berkenan bertemu Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Mohd Noorazam Osman dan pakar-pakar pengurusan air dan sistem saliran air bagi mendengar taklimat mengenai inisiatif dan usaha-usaha untuk membaiki penebatan banjir di Johor.
Situasi banjir di Johor kini semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 1,044 orang setakat 4 petang, berbanding 1,227 orang pagi tadi dengan 23 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 12 2022
Tunku Ismail berpendapat bahawa langkah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, susulan itu baginda akan menganjurkan program pembersihan sungai di Johor dan program khas pada Februari ini. - Sumber foto FB TMJ
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
TMJ berkenan cari penyelesaian tetap masalah banjir di Johor
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan untuk mencari penyelesaian tetap terhadap masalah banjir yang sering melanda negeri ini.
TMJ titah TMIYC Hutan Bandar dijadikan pusat operasi Jawatankuasa Khas COVID-19 negeri
Ia sebagai usaha proaktif dalam menangani situasi pandemik COVID-19 di negeri berkenaan.
Sesi pertemuan dengan Tunku Ismail berjaya yakinkan sebahagian guru ambil vaksin
Sesi pertemuan dan penerangan bersama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedikit sebanyak telah 'membuka mata' serta meyakinkan segelintir guru yang sebelum ini menolak vaksin.
Fernando Torres bakal sarung jersi JDT?
Tunku Mahkota Johor mengesahkan baginda telah memulakan rundingan awal bagi mendapatkan khidmat penyerang Sepanyol, Fernando Torres.