awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ titah pembinaan Pusat Transit Gelandangan di JB dipercepatkan

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
06/07/2021
12:46 MYT
TMJ titah pembinaan Pusat Transit Gelandangan di JB dipercepatkan
Titah Tunku Ismail, pembinaan Pusat Transit Gelandangan di Johor Bahru itu perlu disegerakan supaya lebih 500 gelandangan dapat menikmati kehidupan yang lebih terjamin. - Gambar Instagram
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan agar pembinaan Pusat Transit Gelandangan di Johor Bahru dipercepatkan.
Titah Tunku Ismail, pembinaan pusat itu perlu disegerakan supaya lebih 500 gelandangan dapat menikmati kehidupan yang lebih terjamin termasuk tempat tinggal selesa manakala bantuan dari segi makanan dan kesihatan dapat disampaikan kepada mereka.
Baginda bertitah, dalam keadaan pandemik COVID-19, golongan berkenaan merupakan antara yang paling terdedah pada jangkitan virus itu kerana terpaksa tinggal di tepi-tepi jalan atau di tempat awam.
Dalam masa sama, Tunku Ismail juga bertitah agar rumah gelandangan sementara diwujudkan dengan segera.
Titah baginda, dengan adanya rumah gelandangan sementara, maka risiko jangkitan COVID-19 akan menurun dan golongan itu juga dapat divaksinasi sambil diberi sokongan yang sepenuhnya untuk kembali kepada kehidupan normal.
"Mereka juga manusia dan berhak untuk menjalani hidup yang bermaruah," titah Tunku Ismail dalam hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi baginda pada Selasa.
Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud sebelum ini memaklumkan kerja-kerja pembinaan Pusat Transit Gelandangan Bangsa Johor di kawasan tanah lapang di Taman Larkin Perdana dijangka bermula pada Ogos depan dan siap pada Julai 2022.
Pusat tersebut, kata beliau, akan memudahkan kerajaan memantau dan melakukan intervensi yang sesuai agar golongan itu dapat diselamatkan, berdikari dan kembali kepada masyarakat.
Apabila siap kelak, pusat transit berkenaan mampu menampung sehingga 200 gelandangan dalam satu-satu masa selain dilengkap dengan pondok pengawal dan hiasan landskap.
Sumber Facebook hrhcrownprinceofjohor
Topic Berkaitan
#Tunku Ismail
#TMJ
#Johor Bahru
#COVID-19
#pandemik
#jangkitan
#gelandangan
#Pusat Transit Gelandangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan