awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
India, Malaysia akan bincang semakan perjanjian perdagangan semasa lawatan Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMM 2026: Malaysia fokus pelancongan berimpak tinggi, mampan - Tiong

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
06/01/2025
05:45 MYT
TMM 2026: Malaysia fokus pelancongan berimpak tinggi, mampan - Tiong
Tiong King Sing berkata, kempen itu menekankan usaha menawarkan pengalaman pelancongan yang bermakna sambil memastikan khazanah unik negara terus terpelihara. - Gambar fail
SEPANG: Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) dilaksanakan dengan berteraskan dua tonggak utama iaitu Pelancongan Berimpak Tinggi dan Pelancongan Mampan.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, kempen itu menekankan usaha menawarkan pengalaman pelancongan yang bermakna sambil memastikan khazanah unik negara terus terpelihara.
Jelasnya, tiga strategi utama telah dirangka untuk merealisasikan matlamat tersebut.
"Pertama, meningkatkan kedatangan pelancong. Kempen ini bertujuan menukar lawatan singkat pelancong kepada penginapan yang lebih panjang, sekali gus meningkatkan jumlah pelancong ke negara ini.
"Kedua, melanjutkan tempoh penginapan. Penekanan diberikan kepada pengayaan pengalaman pelancongan melalui budaya dan ekopelancongan, pemberdayaan komuniti tempatan, serta penambahbaikan infrastruktur.
"Ketiga, menggalakkan perbelanjaan lebih tinggi. Promosi pelancongan niche seperti pelancongan mewah dan pengalaman eksklusif turut diberi perhatian untuk merangsang ekonomi pelancongan negara," katanya ketika berucap sempena majlis pelancaran TMM2026 di sini, hari ini.
TMM2026 dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ujar Tiong, kempen ini mencerminkan usaha berterusan Malaysia untuk menjadi destinasi pilihan pelancong global yang menawarkan keseimbangan antara pembangunan pelancongan dan kelestarian alam sekitar.
Topic Berkaitan
#TMM 2026
#Tahun Melawat Malaysia 2026
#Anwar Ibrahim
#Tiong King Sing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan