Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) mampu merealisasikan sasaran lebih 50 peratus tenaga pakar tempatan terdiri daripada wanita.
Beliau berkata perkara itu mampu dicapai dengan pelaksanaan pelbagai aspirasi yang disuarakan generasi muda untuk TN50 seperti peluang pendidikan dan pekerjaan lebih baik, terutama untuk kaum wanita.
"Di Malaysia bilangan wanita sudah melebihi 50 peratus (daripada jumlah rakyat) jadi tidak keterlaluan kita sasar tinggi supaya lebih ramai teknokrat, saintis, ahli ekonomi atau pakar bidang tertentu adalah wanita.
"Sebelum ini kita berjaya lahirkan seorang wanita muda tempatan yang menemui bukti kewujudan lubang hitam, (jika) pakar seperti ini kita mampu lahirkan maka tidak mustahil kita boleh lahirkan lebih ramai pakar lain," katanya kepada pemberita, di sini pada Sabtu.
Terdahulu, Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, menghadiri sesi 'Town Hall TN50' di Kolej Matrikulasi Melaka di Masjid Tanah di sini yang turut dihadiri kira-kira 600 pelajar institusi pengajian tinggi dan universiti awam di Melaka.
Beliau berkata selain kepakaran untuk Malaysia, pakar yang dilahirkan negara ini boleh dikongsi dengan seluruh dunia bagi membantu pembangunan dan kemajuan di negara lain.
"Apabila saya melihat keadaan peserta hari ini yang begitu bersemangat melahirkan aspirasi dan harapan TN50 mereka, saya percaya apa yang diharapkan dalam TN50 ini terutama melahirkan tenaga pakar wanita itu mampu jadi kenyataan," katanya.
Kejayaan wanita Malaysia yang disebut Mas Ermieyati merujuk kepada Nur Adlyka Ainul Annuar, 27, seorang pelajar ijazah doktor falsafah Astrofizik di Universiti Durham, United Kingdom.
Anak kelahiran Muar, Johor itu merupakan antara sekumpulan pakar astronomi dunia yang berjaya membuktikan kewujudan lohong hitam supermasif di sebuah galaksi yang terletak kira-kira 38 juta tahun cahaya dari bumi.
Wanita itu membentangkan penemuan pasukannya dalam satu kertas kerja bertajuk 'Black Holes, Green Galaxies, Old Stars & NuSTARs' pada perjumpaan Persatuan Astronomi Amerika Syarikat ke-229 awal tahun ini. -- Bernama
Bernama
Sat Apr 01 2017
MAS ERMIEYATI: Perkara itu mampu dicapai dengan pelaksanaan pelbagai aspirasi yang disuarakan generasi muda untuk TN50 seperti peluang pendidikan dan pekerjaan lebih baik, terutama untuk kaum wanita. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
PAU2020: Menumpang biarlah pada yang kuat, bukan yang membawa rebah - Zahida
Pergerakan Puteri UMNO mendesak parti itu segera mengkaji semula keputusan sama ada untuk bersama atau tidak lagi dengan kerajaan.
Aziah mahu meremajakan UMNO
Dalam keadaan UMNO yang kini berdepan saat getir, parti itu perlu dipertahankan oleh pewaris-pewaris muda.
Puteri praktik pendekatan 4T menjelang PRU14 - Mas Ermieyati
Puteri UMNO akan lebih aktif mengadakan pertemuan dengan pengundi dan memberi penerangan untuk menolak fitnah yang disebar pembangkang.
TN50 mampu realisasi lebih 50 peratus tenaga pakar wanita - Mas Ermieyati
Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) mampu merealisasikan sasaran lebih 50 peratus tenaga pakar tempatan terdiri daripada wanita.
'Jangan doktrinkan persepsi yang salah' - Mas Ermieyati
Jangan doktrinkan persepsi yang salah, kata Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika ditanya berhubung defisit kepercayaan yang dihadapi UMNO ketika ini.
Puteri bimbang manipulasi media sosial, hasut generasi muda Melayu
Pelbagai manipulasi di media sosial dan pergerakan senyap yang merekrut serta menghasut anak-anak Melayu agar menentang kerajaan serta perkara-perkara termaktub dalam Perlembagaan amat membimbangkan.