awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TN50 perlu bermula dengan Dasar Buku Negara yang baharu - Budiman

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
24/03/2017
12:53 MYT
TN50 perlu bermula dengan Dasar Buku Negara yang baharu - Budiman
BUDIMAN: Dasar yang lama ini melihat kepada perkara-perkara yang tidak berlaku hari ini. Tiada siapa menyangka buku bukan hanya dalam bentuk fizikal, tetapi juga dalam bentuk digital dan elektronik. -Gambar fail
Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dilancarkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bermula dengan Dasar Buku Negara (DBN) yang baharu, kata ahli parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.
Sehubungan itu, Budiman menyarankan agar kerajaan memperbaharui DBN agar ia sesuai dengan perubahan teknologi.
"Dasar yang lama ini melihat kepada perkara-perkara yang tidak berlaku hari ini. Tiada siapa menyangka buku bukan hanya dalam bentuk fizikal, tetapi juga dalam bentuk digital dan elektronik," katanya kepada Astro AWANI.
Budiman juga menyarankan agar negara memiliki Indeks Ekonomi Perbukuan kerana ia penting untuk mengetahui tahap kesiapsiagaan rakyat menuju TN50.
"Kita nak menuju ke TN50, contohnya, negara maju ini biasanya diukur dari sejauh mana rakyat itu berilmu, ilmu kita peroleh secara alaminya melalui buku dan daripada buku ini kalau tiada unjuran buku terkini yang menepati kriteria negara maju, ini akan memberi masalah besar," katanya lagi.
Ujar beliau, DBN yang baharu itu perlu mempunyai kajian adakah buku yang diterbitkan sesuai dalam menuju ke arah negara maju.
"Misalnya, berapa banyak buku sains atau matematik yang diterbitkan, berapa banyak karya-karya agung yang diterjemahkan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Dasar Buku Negara
#DBN
#Najib Razak
#TN50
#Transformasi Nasional 2050
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan