Rakyat Kelantan perlu berfikiran lebih jauh ke hadapan jika tidak mahu ketinggalan dalam perancangan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dirangka kerajaan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sekiranya minda mereka masih dalam keadaan sekarang, mereka akan terus ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
"Sehubungan itu rakyat Kelantan perlu berfikiran positif dan menerima hakikat dengan tuntutan semasa untuk mereka berubah mulai sekarang," katanya pada program Dialong TN50 Peringkat Negeri Kelantan bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, pada Sabtu.
Turut hadir dalam dialog itu adalah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata TN50 adalah perancangan antaranya supaya rakyat menjuarai pelbagai bidang termasuk perdagangan hingga ke peringkat antarabangsa.
"Kita mahu anak Kelantan mempunyai masa depan yang lebih terjamin," katanya.
Sementara itu, Khairy berkata, kerajaan menggalakkan golongan muda agar memberi pandangan mengenai pembentukan negara yang mereka inginkan menjelang 2050 kelak.
Antara inspirasi yang diketengahkan peserta yang terdiri daripada golongan muda di negeri ini adalah perhatian serius kerajaan terhadap aspek alam sekitar seperti kegiatan pembalakan dan pembukaan tanah untuk pertanian dan perlombongan supaya khazanah alam itu dapat kekal dinikmati generasi pada 2050.
Turut dicadangkan adalah penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan, memelihara kesenian dan kebudayaan masyarakat, menyediakan kemudahan sukan mengikut selera anak muda dan menggalakkan penggunaan tenaga dari teknologi solar bagi mengelakkan kawasan masyarakat Orang Asli diambil untuk dijadikan empangan hidroelektrik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 22 2017
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sekiranya minda mereka masih dalam keadaan sekarang, mereka akan terus ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Kementerian Luar dan UNAM bekerjasama untuk tingkatkan program kesedaran PBB di Malaysia
Kedua-dua pihak membincangkan cara memperkukuh kerjasama dalam melaksanakan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai PBB.
"Saya sudah pencen" - Tok Pa sahkan tidak bertanding
Mustapa mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana memutuskan untuk 'pencen' daripada politik.
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).
2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.
Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.
Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.
Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.