PUTRAJAYA: Tenaga Nasional Bhd (TNB) berjaya dalam rayuannya untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi supaya ia membayar ganti rugi RM4 juta kepada sebuah syarikat pembuatan keluli kerana didakwa berlaku kecuaian berhubung gangguan bekalan elektrik ke premis kilangnya.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk M. Gunalan membenarkan rayuan TNB untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi selepas memutuskan TNB tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap tuntutan syarikat Southern Steel Berhad (SSB).
Mahkamah juga mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi supaya UEM Construction Sdn Bhd membayar pampasan kepada TNB berjumlah RM2 juta berhubung liabiliti TNB kepada SSB.
Dalam alasan penghakiman Mahkamah Rayuan bertarikh 3 Mei tahun ini, Hakim Datuk Abu Bakar berkata tuntutan ganti rugi SSB bagi tort kecuaian tidak boleh bertahan berdasarkan kerugian ekonomi semata-mata.
"Melihat kepada rayuan itu, tidak dapat dinafikan relif yang dipohon oleh SSB bukan untuk kerugian kewangan akibat kerosakan fizikal terhadap harta benda SSB," katanya sambil menambah mahkamah akan mempertimbangkan untuk membenarkan ganti rugi kepada SSB jika syarikat itu memohon kerosakan fizikal akibat gangguan bekalan elektrik.
Hakim Abu Bakar berkata TNB tidak mempunyai kewajipan untuk membayar ganti rugi RM4 juta kepada SSB.
Beliau juga berkata memandangkan TNB tidak bertanggungjawab terhadap SSB, perintah Mahkamah Tinggi terhadap UEM Construction untuk memberi pampasan kepada TNB juga perlu diketepikan.
Panel itu juga menolak rayuan SSB terhadap kuantum ganti rugi yang diberikan kepada mereka oleh Mahkamah Tinggi. SSB telah menuntut lebih RM8 juta ganti rugi am dan/atau ganti rugi khas terhadap TNB.
SSB memfailkan saman terhadap TNB mendakwa syarikat utiliti itu gagal membekalkan elektrik ke premis kilangnya dalam tempoh seminggu dari 26 Ogos 2008 hingga 1 Sept 2008.
Syarikat itu mendakwa mereka tidak dapat menghasilkan keluli dan mengalami kerugian akibat gangguan elektrik.
Sementara itu, TNB menamakan UEM Construction sebagai pihak ketiga dalam tuntutan saman SBB untuk menanggung sebarang liabiliti kerana TNB mendakwa UEM telah menyebabkan gangguan elektrik ke premis SSB.
TNB mendakwa gangguan bekalan elektrik itu disebabkan kecuaian pihak ketiga ketika menjalankan kerja-kerja pembinaan yang menyebabkan kerosakan pada kabel TNB yang membekalkan elektrik ke premis SSB.
Pada 2015, Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan SSB terhadap TNB dan memerintah syarikat utiliti itu membayar ganti rugi RM4 juta kepada SSB.
Ia juga membenarkan tuntutan TNB terhadap UEM Construction dan memerintahkan UEM Construction menanggung separuh daripada RM4 juta tersebut selepas mendapati syarikat berkenaan 50 peratus penyumbang kecuaian terhadap insiden itu yang menyebabkan kerosakan pada kabel TNB yang secara langsung mengakibatkan gangguan bekalan elektrik ke premis kilang SSB.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023
Panel itu juga menolak rayuan SSB terhadap kuantum ganti rugi yang diberikan kepada mereka oleh Mahkamah Tinggi. SSB telah menuntut lebih RM8 juta ganti rugi am dan/atau ganti rugi khas terhadap TNB. - Gambar fail/TNB
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Lintasan Karem Shalom dibuka semula
Susulan tindak kejam israel menutup lintasan Rafah, satu-satunya laluan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad
Penasihat keselamatan White House, John Kirby mengesahkan operasi Israel di Rafah bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada Hamas.
Henti serang Rafah, atau tiada gencatan senjata – Hamas
Kumpulan pejuang Hamas, memberi kata putus kepada Israel untuk menghentikan serangan ke atas Rafah, atau ia menarik diri daripada perjanjian gencatan senjata.
Isu teknikal: Lapangan Terbang Antarabangsa UK alami masalah sistem e-gate
Sistem laluan automatik (e-gate) di beberapa lapangan terbang antarabangsa United Kingdom mengalami masalah teknikal pada malam Selasa menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lebih lama.
TikTok saman kerajaan Amerika Syarikat
TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance memfailkan saman ke atas kerajaan Amerika Syarikat susulan tindakan pengharaman aplikasi itu.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
Empat stesen monorel ditutup sementara - Rapid Rail
Empat stesen monorel ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan dan baik pulih susulan insiden pokok tumbang berhampiran Stesen Monorel Bukit Nanas petang Selasa.
Kenaikan gaji penjawat awam: Cuepacs harap harga barang tidak naik
Harga yang ditawarkan di pasaran mestilah setara dan adil dengan pendapatan pengguna.
PM bentang pendigitalan & kecerdasan buatan dalam mesyuarat Kabinet
Perdana Menteri mengesahkan akan membentangkan mengenai pendigitalan & pengadaptasian kecerdasan buatan (AI) dalam kerajaan ketika mesyuarat kabinet hari ini.
Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati
Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.
Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membebaskan Ramesh tanpa mengambil kira merit kes itu.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun
Zulhisham Fadly yang diwakili Mazlan Md Zain, telah dipenjarakan selama hampir 16 tahun.
Kes bunuh anak tiri: Boy Tiger terlepas hukuman mati, dipenjara 35 tahun
Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tirinya.
Datuk rogol cucu: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang datuk kerana merogol cucu perempuannya yang berusia tujuh tahun enam tahun lepas.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.