PENAMPANG: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan kepada kepimpinan BN Sabah supaya mengusulkan Perjanjian Malaysia Baharu sebagai jalan ke hadapan yang lebih konkrit ke arah merealisasikan hak dan tuntutan negeri itu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Beliau berkata, perjanjian baharu itu perlu ditunjangi semangat, konteks dan aspirasi baharu dalam memugar seterusnya mengembalikan hak serta kepentingan Sabah namun pada masa sama, menguatkan Persekutuan Malaysia.
"Kita mesti mempunyai jalan keluar untuk isu ini. Ia telah berlarutan sekian lama dan rakyat Sabah mahukan jalan ke hadapan yang konkrit. Pada tahap rundingan dan persefahaman yang berlangsung sekarang, saya rasa ia tidak menjurus kepada sebuah persefahaman dan persetujuan diharapkan.
"Mungkin kita memerlukan perjanjian baharu... MA63 pada pandangan saya, semangat dan aspirasinya adalah dalam konteks yang sangat berbeza. Zaman telah berubah. Malaysia juga telah banyak berbeza.
"Masa depan pula penuh dengan rahsia dan potensi luar biasa. Pastinya kita mesti melihat semuanya dalam konteks masa depan, bukan lagi terus pegun dengan sejarah silam," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen BN Sabah di sini hari ini.
Mohamad berkata, aspirasi Perjanjian Malaysia Baharu mestilah mengiktiraf hak-hak yang menjadi asas kepada Sabah termasuk Sarawak dan usaha mengembalikannya juga harus sesuai dengan semangat pembentukan Malaysia serta kepentingan masa depan bersama.
"Kita wajar mengusulkan perjanjian baharu ini kerana kita mesti memberikan dimensi baharu kepada sistem federalisme kita. Devolusi pemusatan kuasa di Pusat kepada semua wilayah dan negeri dalam Malaysia adalah cara terbaik untuk mengukuhkan Persekutuan Malaysia," katanya.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata, BN Sabah juga perlu mengemukakan rancangannya dalam usaha meneroka segala potensi ekonomi negeri seiring hasrat parti untuk membangunkan Sabah menjadi kuasa besar baharu ekonomi untuk Malaysia.
Beliau berkata, kedudukan Sabah yang sangat strategik serta dekat dengan Asia Timur manakala perkongsian sempadan dengan negara Filipina, Brunei dan Indonesia wajar dijadikan pemangkin untuk memperkasakan lagi pembangunan ekonomi negeri itu.
"Potensi dan sumber baharu mesti diteroka. Peralihan kepada ekonomi masa hadapan dalam pelbagai sektor asas seperti pertanian, perikanan, pelancongan dan perindustrian mesti diarusperdanakan," katanya.
Mengulas persiapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Mohamad berkata, semua pemimpin dan ahli BN khususnya di Sabah perlu memberi citra baharu dengan sentuhan serta imej berbeza yang berupaya menghasilkan gelombang biru lebih padu di negeri itu.
Beliau berkata, Sabah adalah wilayah yang sangat penting dalam usaha membentuk kerajaan BN Persekutuan yang stabil kerana tanpa Negeri Di Bawah Bayu, gabungan politik itu akan berdepan kesukaran untuk mendapat majoriti diperlukan.
"Tanpa kerusi dari Sabah, ketidakstabilan akan terus menjadi landskap politik Malaysia," katanya sambil menambah perjalanan BN di Sabah sangat unik dan sepanjang ia memerintah, kedudukan politik di negeri itu amat stabil sehingga digelar 'simpanan tetap' BN.
Mohamad juga mahu kepimpimpinan dan ahli BN mengambil pengajaran daripada episod Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 yang menyaksikan gabungan politik itu gagal mempertahan kelangsungan membentuk kerajaan.
Justeru, katanya, Konvensyen BN Sabah adalah amat penting dalam menggembleng kesepaduan antara pemimpin dan ahli parti untuk mencetuskan semula gelombang BN di negeri itu. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022
Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional pada Konvensyen Barisan Nasional di ITCC Penampang hari ini. - Gambar BERNAMA
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
PM Ismail Sabri pastikan hak Sabah, Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 terpelihara
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan memastikan hak-hak bagi Sabah dan Sarawak sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terpelihara.
Perjanjian Malaysia baharu buka peluang Sarawak tuntut, tambah baik hak
Usul membuat satu Perjanjian Malaysia baharu dilihat boleh membuka peluang dan ruang bagi Sarawak menuntut serta menambah baik hak-hak negeri itu.
Tok Mat saran BN Sabah usul Perjanjian Malaysia baharu tuntut hak negeri
Perjanjian itu perlu ditunjangi semangat, konteks dan aspirasi baharu.
MA63: Dasar yang diputuskan Kerajaan PH masih diteruskan - Hanifah Hajar
Hanifah Hajar berkata, Kerajaan masa kini juga ingin melakukan yang terbaik dalam memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak.
Komposisi kerusi Dewan Rakyat perlu dikaji semula - Wan Junaidi
Ia sekali gus menjadi cerminan kepada komposisi di Dewan Rakyat ketika ini di mana kerusi Sabah dan Sarawak kurang daripada satu per tiga.
GPS tidak akan beri sokongan kepada pakatan yang ada DAP - James Masing
Paling penting dalam pertimbangan yang akan dilakukan adalah mengutamakan kehendak rakyat dan kebaikan kepada negara.
MA63: Pembentangan semula cadangan pindaan bergantung kepada usul
Usaha membentangkan semula cadangan pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan adalah bergantung kepada usul mengenai isu yang akan dibentangkan pada persidangan DUN pada Selasa.
Kajian MA63 dijangka siap Jun ini - Shafie
Ketua Menteri Sabah itu juga berkata Mesyuarat Penyediaan Laporan Interim Perjanjian Malaysia akan diadakan dari 22 sehingga 24 April ini.
Sabah pandang serius isu peribumi belum terima kewarganegaraan
Kerajaan negeri Sabah memandang serius mengenai masalah penduduk peribumi Sabah tinggal di kawasan pendalaman yang masih belum menerima kewarganegaraan.
PH iktiraf Sabah sebagai rakan kongsi - Azmin
Mohamed Azmin berkata, sebelum ini kerajaan di bawah Barisan Nasional gagal mengiktiraf Sabah sebagai 'equal partner' dalam Malaysia.