awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tok Pa sifatkan RMK-12 pelan paling sukar dalam sejarah

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/09/2021
09:02 MYT
Tok Pa sifatkan RMK-12 pelan paling sukar dalam sejarah
Mustapa Mohamed berkata, berbeza dengan RMK-11 sebelum ini di mana kesemua RM260 bilion yang diperuntukan adalah untuk tujuan pembangunan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) disifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai pelan paling sukar dalam sejarah susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Menurut beliau, perkara itu terbukti apabila pembentangan pelan berkenaan terpaksa ditunda sebanyak empat kali sebelum dibentangkan hari ini.
"Kita berpendapat bahawa perancangan inilah (RMK-12) yang paling sukar dalam sejarah kerana empat kali ditunda kerana pandemik.
"Pandemik telah mengekang kemampuan kita untuk berbelanja kerana hasil kita menguncup tetapi dalam masa kita perlu berbelanja wang besar.
"Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk menangani krisis berkembar iaitu krisis ekonomi dan krisis kesihatan," katanya dalam sidang media di Parlimen, pada Isnin.
BACA: [LAPOR LANGSUNG]: RMK-12 - Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan
Pun begitu, kata beliau, peruntukan RM400 bilion dalam RMK-12 kali ini merupakan yang terbesar dalam sejarah rancangan Malaysia lima tahun.
"Ya benar, RM400 bilion adalah yang terbesar, namun ia mengandungi beberapa komponen. Berbeza dengan RMK-11 sebelum ini di mana kesemua RM260 bilion yang diperuntukan adalah untuk tujuan pembangunan.
"Tapi kali ini, kita ada kekangan dan kebanyakan projek adalah sambungan dan termasuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh agensi-agensi kerajaan seperti Tabung Haji dan sebagainya," jelas Mustapa lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Tabung Haji
#Perdana Menteri
#Mustapa Mohamed
#pandemik
#Parlimen
#RMKe-12
#Rancangan Malaysia Ke-12
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan