awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tok Pa tidak ditawar jawatan dalam parti, kerajaan

Bernama
Bernama
27/10/2018
07:29 MYT
Tok Pa tidak ditawar jawatan dalam parti, kerajaan
"Mustapa hanya memaklumkan untuk menyertai parti dan mendukung perjuangan Bersatu dalam memperkasakan kedudukan bangsa Melayu terutama di Kelantan.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi tidak ditawarkan sebarang jawatan dalam parti mahupun kerajaan.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan khusus di peringkat pucuk pimpinan parti untuk memberi sebarang jawatan kepada Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli.
"Mustapa hanya memaklumkan untuk menyertai parti dan mendukung perjuangan Bersatu dalam memperkasakan kedudukan bangsa Melayu terutama di Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Bersatu bahagian Tanah Merah di sini, pada Sabtu.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Md Nor dan Ketua Bersatu bahagian Tanah Merah Bahari Mohd Nor.
Ditanya adakah Bersatu akan menerima mana-mana pemimpin daripada UMNO untuk menyertai parti itu, Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar berkata pihaknya akan membuat tapisan terlebih dahulu sebelum menerima penyertaan pemimpin terbabit.
"Pemimpin lain boleh maklumkan untuk menyertai Bersatu tapi kita akan tapis dahulu kerana kita nak pemimpin yang betul-betul bersih sahaja.
"Setakat hari ini Tok Pa (Mustapa) dilihat sebagai tokoh yang bersih, dihormati dan disegani," katanya.
Malam tadi Mustapa menyerahkan borang keanggotaannya secara rasmi kepada Pengerusi Bersatu yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sambil disaksikan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan tertingginya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan tertinggi parti berkenaan di Petaling Jaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Bersih
#Datuk Marzuki Yahya
#Mahathir Mohamad
#majlis tertinggi
#Majlis Tertinggi UMNO
#Melayu
#Muhyiddin Yassin
#Mustapa Mohamed
#Perdana Menteri
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan