awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokoh Kraf Negara meninggal dunia

Bernama
Bernama
19/12/2024
03:40 MYT
Tokoh Kraf Negara meninggal dunia
Norhaiza menerima Anugerah Tokoh Kraf Negara pada 2022 dan telah membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa. - Gambar fail/BERNAMA
JERTIH: Tokoh Kraf Negara Norhaiza Noordin meninggal dunia pada usia 61 tahun di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di Kota Bharu, Kelantan pagi ini akibat masalah jantung.
Menurut anak sulung Allahyarham, Mohammad Othman, 23, bapanya mengadu sukar bernafas dan ahli keluarga menghantarnya ke HRPZ II tengah hari semalam, untuk mendapatkan rawatan.
"Ayah disahkan meninggal dunia pada 6.13 pagi tadi di sisi ibu (isteri Norhaiza, Che Rohayati Abdullah, 49)," katanya ketika dihubungi.
Mohammad Othman berkata jenazah Norhaiza akan dikebumikan selepas solat asar hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja di sini.
Norhaiza meninggalkan seorang isteri dan dua anak iaitu Mohammad Othman dan Rabiatul Adawiah, 21.
Norhaiza menerima Anugerah Tokoh Kraf Negara pada 2022 dan telah membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Adiguru Kraf Ukiran Halus itu juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Penggiat Seni Ukir Malaysia.
Anak jati Besut itu merupakan penggiat seni ukiran kayu yang terkenal dengan identitinya tersendiri serta hasil ukirannya banyak menghiasi ruang di istana, rumah orang kenamaan, rumah agam, pejabat, bangunan kerajaan di Malaysia dan di luar negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tokoh Kraf Negara meninggal dunia
#Tokoh Kraf Negara
#meninggal dunia
#Norhaiza Noordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan