awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokoh Seniman Rahman B meninggal dunia

Bernama
Bernama
02/03/2022
15:47 MYT
Tokoh Seniman Rahman B meninggal dunia
Allahyarham Rahman B, 87, meninggal dunia akibat pendarahan beku di paru-paru.
KUALA LUMPUR: Tokoh Seniman Negara Abdul Rahman Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Rahman B meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4.33 petang tadi.
Berita pemergian Rahman B dimaklumkan cucunya Hussein Abdul Salam.
Beliau memberitahu Rahman B, 87, meninggal dunia akibat pendarahan beku di paru-paru.
"Jenazah akan dibawa dari HKL ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk dimandi dan dikafankan. Setelah itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas Zohor esok," katanya ketika dihubungi malam ini.
Dilahirkan pada 18 Mei 1935 di Kapar, Klang, Rahman B merupakan penerima Anugerah Seniman Negara 2004.
Allahyarham berkecimpung dalam dunia bangsawan sejak berusia lapan tahun iaitu bermula awal 1940-an dan mewarisi darah seni yang dimiliki oleh ibu bapanya yang juga penggiat bangsawan, Abu Bakar Saleh dan Kasminah Taib.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rahman B
#meninggal dunia
#Tokoh Seniman Negara
#HKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan