KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang akan pulang berhari raya bermula hujung bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemberian tol percuma itu melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan Lebuhraya Utara - Selatan.
Selain itu, tawaran itu turut melibatkan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dengan sembilan jaringan lebuh raya akan terlibat dalam inisiatif tersebut.
Tawaran tol percuma itu akan bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) sehingga 11.59 malam 1 Mei (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.
"Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian tol percuma di Lebuhraya Utara - Selatan dan LPT juga akan diberikan juga untuk pulang semula ke kediaman masing-masing.
"Ia bermula pada jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.
"Sementara itu, tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan," kata Perdana Menteri dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya.
"Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta.
"Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi," ujarnya.
Jelasnya, keputusan kerajaan juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Senarai lebuh raya yang menawarkan tol percuma:
1. Lebuhraya Utara Selatan (Plus)
2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah
(ELITE)
3. Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH)
4. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)
6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)
7. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1
8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2
9. Lebuhraya KL - Karak (KLK)
Senarai lebuh raya yang menawarkan diskaun 50 peratus:
10. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
11. Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP)
12. Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)
13. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
14. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
15. Lebuhraya Bertingkat Ampang - KL (AKLEH)
16. Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)
17. Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE)
Astro Awani
Mon Apr 25 2022
Kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang akan pulang berhari raya bermula hujung bulan ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas ketelanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, awal pagi tadi.
Kabinet belum bincang kenaikan harga petrol dan diesel, laporan media asing tidak betul - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkata Kabinet belum berbincang mengenai kenaikan harga minyak petrol dan diesel.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
AWANI 7:45 [04/05/2024] – Warisi banyak hutang | Terhempas di kawasan ladang | Keadaan cuaca tidak menentu | Pergaduhan dua kumpulan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- PM dedah ada pemimpin tak puas hati kenaikan gaji penjawat awam
- Pesawat terhempas, semua terselamat
- Panas melampau di utara, banjir di selatan, cuaca terkini di Malaysia
- 28 lelaki ditahan pergaduhan dua kumpulan di Butterworth
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- PM dedah ada pemimpin tak puas hati kenaikan gaji penjawat awam
- Pesawat terhempas, semua terselamat
- Panas melampau di utara, banjir di selatan, cuaca terkini di Malaysia
- 28 lelaki ditahan pergaduhan dua kumpulan di Butterworth
Tol percuma, diskaun untuk balik kampung sempena Aidilfitri - Perdana Menteri
Tawaran tol percuma itu akan bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) sehingga 11.59 malam 1 Mei (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.