KUALA LUMPUR: Pengecualian bayaran tol pada 20 dan 21 Jan ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina dapat menjimatkan kos perjalanan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tol.
Seorang pekerja swasta, Amir Zahin, 32, berkata inisiatif tersebut akan mengurangkan kesesakan yang biasanya dialami rakyat Malaysia setiap kali menjelang musim perayaan yang melibatkan pergerakan antara negeri.
"Bila tol percuma dilaksanakan, ia akan menyenangkan ramai orang (pengguna lebuh raya), sebab kita tak perlu beratur untuk bayar tol yang sudah semestinya melambatkan perjalanan dan menyebabkan kesesakan," katanya yang akan menuju ke Perak bagi menghadiri majlis perkahwinan, Sabtu ini.
Menurutnya, perayaan Tahun Baharu Cina turut melibatkan kaum lain yang juga mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga.
Penuntut Management and Science University (MSU) Chew Kai Li, 23, berpandangan inisiatif itu juga dapat membantu rakyat mengurangkan perbelanjaan perjalanan terutama perjalanan jauh membabitkan bayaran tol yang tinggi.
"Tol percuma ini sangat membantu sebab ia boleh menjimatkan kos perjalanan dan dapat mengelakkan kesesakan disebabkan Touch 'n Go (TnG) dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID)," kata pelajar wanita itu yang akan pulang ke Kuala Selangor Sabtu ini.
Seorang penjawat awam, Hanan Afiqa Mohd Jazri, 26, yang akan pulang ke Melaka Jumaat ini berkata tol percuma tersebut akan memanfaatkan semua kaum di negara ini yang turut mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman.
"Sebab selalunya cuti macam ini akan ada kenduri, kita yang bukan kaum Cina pun nak balik kampung dan dapat jimat sikit," katanya.
Seorang lagi penjawat awam, Lee Xi Yi yang akan pulang ke Perak Sabtu ini menyambut baik pengecualian tol itu yang memudahkan rakyat untuk pulang sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengecualian bayaran tol diberikan kepada pengguna lebuh raya seluruh negara melibatkan semua kelas kenderaan pada 20 dan 21 Jan ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2023
Perayaan Tahun Baharu Cina turut melibatkan kaum lain yang juga mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga. - Foto BERNAMA
Nama dikemuka sebagai calon Speaker Dewan Negara ramai - PM
Perdana Menteri berkata bagaimanapun setakat ini, senarai nama itu belum dibincangkan.
AWANI 7:45 [27/05/2024] – Banduan bukan peenghalang | Tiada kaitan dengan Menteri Belia Dan Sukan | Peguam dan SPRM masih berbincang | HAWANA 2024
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dua sahabat dalam penjara, cemerlang keputusan SPM
- Bukan kesalahan suami Hannah Yeoh terima projek Selangor
- SPRM belum terima notis pengisytiharan harta anak bekas PM
- PM umum peruntukan dua juta ringgit untuk pengamal media
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dua sahabat dalam penjara, cemerlang keputusan SPM
- Bukan kesalahan suami Hannah Yeoh terima projek Selangor
- SPRM belum terima notis pengisytiharan harta anak bekas PM
- PM umum peruntukan dua juta ringgit untuk pengamal media
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
AWANI Ringkas: Tiada kaitan dengan Hannah Yeoh - SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).
Kastam rampas kokain bernilai RM10.3 juta disorok dalam penyaman udara kontena
JKDM Johor percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 51 kilogram kokain bernilai RM10.3 juta yang disembunyikan dalam penyaman udara sebuah kontena.
12 daripada 14 klien AADK lulus SPM
Seramai 12 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daripada 14 klien lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Isnin.
SPR adakan mesyuarat khas PRK pada 6 Jun
SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Pulau Pinangberhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Sungai Bakap.
Tujuh kenderaan rosak dihempap pokok tumbang
Tujuh kenderaan dihempap sebatang pokok tumbang berikutan hujan dan angin kuat berhampiran Plaza PK, Taman Kinrara, Puchong.
Dua lagi premis jalankan aktiviti sisa elektronik diserbu - Aminuddin
Dua lagi premis haram menjalankan aktiviti peleraian bahan buangan elektronik di Negeri Sembilan diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di Kampung Ribu, Rantau tengah hari tadi.
Dua beradik jemaah muda, abang syukur cemerlang SPM
Jemaah haji yang juga calon SPM 2023, Muhammad Ammar Che Noor Azam, bersyukur doanya untuk cemerlang sehingga mendapat semua A, dalam peperiksaan dimakbulkan Allah.
Tol percuma sempena Tahun Baharu Cina pastikan rakyat rancang perjalanan sebaiknya - Loke
Cadangan asal adalah pada 9 Februari dan 10 Februari namun diawalkan memandangkan tidak ramai yang balik pada malam Tahun Baharu Cina.
Tol percuma dua hari kurangkan kesesakan, jimat perbelanjaan - Penggguna
Pengecualian bayaran tol pada 20 dan 21 Jan ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina dapat menjimatkan kos perjalanan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tol.