awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
Seorang maut, 26 cedera dalam nahas 50 kenderaan di lebuh raya Jepun
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tolong jangan tolak tawaran MRSM hanya kerana faktor kemiskinan" – Asyraf Wajdi

Astro Awani
Astro Awani
27/12/2025
03:30 MYT
"Tolong jangan tolak tawaran MRSM hanya kerana faktor kemiskinan" – Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi menasihatkan ibu bapa agar jangan menolak peluang anak-anak mereka yang ditawarkan memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) hanya kerana kekangan kewangan.
KUALA LUMPUR: Kekangan kewangan tidak seharusnya menjadi faktor kenapa ibu bapa menolak peluang anak-anak mereka yang ditawarkan memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Nasihat itu dititipkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang memberi penegasan, pihaknya komited membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan melalui pelbagai inisiatif termasuk Bantuan Khas BUDI MARA.
“Tolong jangan tolak tawaran MRSM hanya kerana faktor kemiskinan.
"Saya sudah minta pengurusan MARA dan MRSM agar bantu mereka yang susah. Bantuan Khas BUDI MARA juga ada disediakan,” kata beliau dalam hantaran di Facebook, pada Sabtu.
Dalam hantaran sama, Asyraf Wajdi turut berkongsi kisah sebuah keluarga di kampung pedalaman di Pasir Mas, Kelantan yang dihimpit kesulitan selepas ketua keluarga itu tidak lagi bekerja akibat kemalangan, manakala ibu hanya suri rumah.
“Adik beradik empat orang. Baru dapat tawaran ke MRSM Jeli. Namun dek kerana memikirkan kos-kos perbelanjaan untuk ke MRSM, mereka berkira-kira untuk menolak tawaran ini.
"Saya terus hubungi Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hariri Mohamed Noor untuk bantu perbelanjaan awal. Selebihnya, Insya-Allah saya dan MARA akan bantu,” jelas Asyraf Wajdi.
BUDI MARA yang juga Bantuan Pendidikan B40 MARA ialah program di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang memberi bantuan penuh persekolahan kepada pelajar daripada keluarga B40.
Program ini memastikan peluang pendidikan berkualiti di MRSM dapat dinikmati secara saksama.
Topic Berkaitan
#MRSM
#faktor kemiskinan
#MARA
#Asyraf Wajdi Dusuki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan