awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
Malaysia-India sepakat kukuhkan penggunaan ringgit-rupee dalam perdagangan
JKKP keluar notis larangan susulan kemalangan maut tapak pembinaan hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tong gas meletup, pekerja kedai makan melecur

Sinar Harian
Sinar Harian
20/06/2022
23:31 MYT
Tong gas meletup, pekerja kedai makan melecur
Kejadian letupan dipercayai berlaku akibat kebocoran pada gas memasak di sebuah kedai makan di Saujana Utama di sini pada Isnin. - Sinar Harian
SUNGAI BULOH: Seorang remaja nyaris maut apabila tong gas di sebuah kedai makan di sini meletup dalam kejadian di Saujana Utama di sini pada Isnin.
Bagaimanapun, mangsa berumur 18 tahun yang merupakan pekerja di kedai makan tersebut telah melecur akibat kejadian.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 12.31 tengah hari.
"Sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 12.57 tengah hari.
"Kejadian dipercayai berpunca daripada kebocoran gas memasak sehingga mengakibatkan berlakunya letupan melibatkan kemusnahan sebanyak 30 peratus," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya, letupan turut mengakibatkan kebakaran kecil di kedai makan tersebut.
"Kebakaran bagaimanapun telah dipadamkan sebelum kehadiran anggota bomba," katanya.
Beliau berkata, mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Puncak Alam bagi rawatan lanjut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kedai makan
#pekerja cedera
#kebocoran gas memasak
#tong gas meletup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan