BERHENTI! Sebelum anda dengan sewenang-wenangnya membuang topeng mulut dan hidung (face mask) ke dalam tong sampah, fikirkan nasib pakcik yang bertugas memungutnya.
Tahukah anda, berpuluh-puluh warga kerja kontraktor kutip sampah terdedah kepada risiko COVID-19 dengan tindakan anda membuang topeng tidak mengikut cara yang betul?
Apa tidaknya, kerja mengangkut dan memunggah sampah setiap pagi ke dalam lori mendedahkan mereka kepada pelbagai kuman, bakteria dan virus.
Walaupun topeng muka terpakai pada waktu pandemik COVID-19 tidak diklasifikasi sebagai bahan buangan berbahaya (hazardous waste material), ini tidak bermakna orang awam tidak perlu peka cara pembuangannya.
Demi keselamatan dan kesejahteraan awam, pembuangannya sepatutnya mengikuti prosedur yang mengelak penyebaran.
Apa kita kita ambil sedikit inisiatif melawat laman FB Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk mempelajari cara betul membuang topeng terpakai.
Sebenarnya ada lima langkah yang perlu diambil untuk mematuhi cara membuang topeng terpakai.
Langkah Pertama: Basuh dulu tangan anda.
Langkah Kedua: Tanggalkan topeng dengan memegang gelung atau telinga topeng tanpa menyentuh lapik luar atau dalam topeng.
Langkah Ketiga: Lipat topeng tanpa mendedahkan lapik 'tercemar' yang terkena bendalir dari mulut dan hidung.
Langkah Keempat: Bungkus dalam plastik atau kertas sebelum dibuang dalam tong sampah.
Langkah Kelima: Basuh tangan anda.
Mungkin cerewet dan sedikit menyusahkan – tetapi janganlah sikap acuh tak acuh kita membuang topeng terpakai membahayakan orang lain.
Razak Chik
Wed Mar 25 2020
Walaupun topeng muka terpakai pada waktu pandemik COVID-19 tidak diklasifikasi sebagai bahan buangan berbahaya, ini tidak bermakna orang awam tidak perlu peka cara pembuangannya.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Pencemaran Sungai Selangor: Dua pengarah syarikat mengaku tidak bersalah
Pertuduhan terhadap kedua-duanya dibuat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana didakwa melakukan perbuatan khianat sehingga menyebabkan bekalan air terputus.
Topeng dibuang begitu sahaja, kontraktor kutip sampah hadap bahaya
Tahukah anda, berpuluh-puluh warga kerja kontraktor kutip sampah terdedah kepada risiko COVID-19 dengan tindakan anda membuang topeng tidak mengikut cara yang betul?