awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Torrent bagi The Interview dapat sambutan menggalakkan pengguna internet di seluruh dunia

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
26/12/2014
13:27 MYT
Torrent bagi The Interview dapat sambutan menggalakkan pengguna internet di seluruh dunia
The Interview
Orang di luar Amerika Syarikat membuat keputusan untuk memuat turun filem The Interview secara cetak rompak menerusi laman-laman web perkongsian fail torrent.
Ini kerana Sony hanya mengeluarkan filem tersebut menerusi saluran rasmi Youtube Sony Pictures Home Entertainment, Google Play, laman web SeeTheInterview.com dan platform Microsoft Xbox untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja.
The Verge melaporkan fail torrent bagi filem The Interview juga mendapat sambutan pengguna internet di seluruh dunia dengan lebih 900,000 muat turun, 24 jam selepas ia dikongsi di beberapa laman web torrent.
Di Youtube, jumlah tontonan filem The Interview tidak dikongsi setakat 9:15 malam hari ini namun ia mendapat lebih 100,000 likes ataupun undian bagi penonton yang menyukainya.
Hanya sekitar 20,000 orang tidak menyukai filem The Interview yang dimuat naik di Youtube dua hari lepas.
Semalam, The Interview mula ditayangkan di beberapa buah pawagam di Amerika.
The Interview arahan Evan Goldberg dan Seth Rogen adalah sebuah filem komedi mengenai perancangan pembunuhan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
Korea Utara mendakwa mempunyai bukti bahawa kerajaan Amerika Syarikat terlibat dalam pembikinan filem itu.
Akibat penerbitan filem itu, infrastruktur komputer Sony mengalami serangan siber paling teruk dalam sejarah selain menerima ancaman serangan pengganas di pawagam yang menyiarkannya.
Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) menuding jari serangan siber kepada penjenayah siber Korea Utara namun pakar keselamatan komputer tidak bersetuju dengan dapatan FBI.
Ancaman itu menyebabkan beberapa pawagam membatalkan penayangan filem The Interview selain Sony yang membuat keputusan untuk membatalkan penayangannya.
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#Sony
#The Interview
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan