Skip to main content

Dunia

Seorang maut dirempuh Eurostar, perkhidmatan kereta api Belgium-Perancis tergendala

Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi antara Brussels dan sempadan Perancis digantung bagi kedua-dua arah sehingga diberitahu kelak. - Gambar fail/REUTERS
Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi antara Brussels dan sempadan Perancis digantung bagi kedua-dua arah sehingga diberitahu kelak. - Gambar fail/REUTERS
Advertisement

BRUSSELS: Sebuah kereta api Eurostar dalam perjalanan ke London merempuh seorang individu hingga maut di Leuze-en-Hainaut, barat daya Belgium pada Sabtu, menyebabkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi antara Brussels dan Perancis tergendala, lapor Xinhua memetik laporan media Belgium.

Menurut laporan itu, mangsa memanjat pagar keselamatan landasan kereta api atas sebab yang belum diketahui.

Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi antara Brussels dan sempadan Perancis digantung bagi kedua-dua arah sehingga diberitahu kelak, menurut laporan itu yang memetik pengendali infrastruktur rel, Infrabel.

Advertisement

Eurostar menerusi laman webnya memaklumkan bahawa insiden itu boleh menyebabkan kelewatan atau pembatalan perjalanan pada saat akhir, selain menasihatkan penumpang supaya menangguhkan perjalanan sekiranya boleh.

-- BERNAMA-XINHUA

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement