PUTRAJAYA: Berikut kenyataan penuh Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung CIMS yang dikeluarkan hari ini:

1. Kerajaan memandang serius terhadap situasi pandemik COVID-19. Kementerian Kesihatan  Malaysia  (KKM) telah membentangkan laporan semasa yang menunjukkan kes-kes positif semakin melonjak dan kapasiti sistem kesihatan awam  semakin  tertekan. Kerajaan senantiasa mengambil langkah-langkah untuk melindungi kesihatan dan menyelamatkan nyawa rakyat. Maka atas penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, Kerajaan  telah  mengambil  keputusan  untuk  melaksanakan PKP 3.0,bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

2 . Menyedari hakikat ini Majlis Keselamatan Negara telah membincangkan dengan semua kementerian dan agensi yang berkaitan mengenai  sektor-sektor  ekonomi dalam  usaha  Kerajaan melandaikan keluk pandemik COVID-19, dan pada masa yang memberi ruang kepada KKM sebagai circuit breaker untuk tempoh dua minggu.

3. Maka pada 30 Mei 2021,  Menteri Kanan, Pertahanan telah mengumumkan pelaksanaan total  lockdown atau penutupan penuh melainkan  sektor  ekonomi  perkhidmatan  perlu,  dilaksanakan  susulan kenaikan mendadak kes harian COVID-19 sejak  mutakhir  ini. Dengan pelaksanaan PKP yang diumumkan ini, semua aktiviti ekonomi dan sosial  adalah TIDAK DIBENARKAN kecuali bagi 17 senarai perkhidmatan perlu dengan  kapasiti  tenaga  kerja  dihadkan  kepada 60%. Sektor-sektor yang dibenarkan untuk beroperasi oleh MKN meliputi sektor Pembuatan; Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi; Pembinaan; dan Perdagangan Pengedaran.

4. Ini bermakna pelbagai sektor ekonomi di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  dan Hal  Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian  Pertanian dan  Industri  Asas Tani  (MAFI), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Kementerian  Kerja  Raya  (KKR) dibenarkan beroperasi dalam  tempoh perlaksanaan PKP 3.0 ini.

5. Menurut  perangkaan dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) jumlah  tenaga kerja di Malaysia  pada  hujung  Februari  2021  berjumlah 16.05 juta pekerja. Daripada jumlah ini hanya seramai 2.26 juta pekerja (14.13 peratus) yang bekerja di dalam sektor pembuatan, bahkan jumlah pekerja yang bekerja dalam sektor perkhidmatan adalah hampir dua kali ganda daripada jumlah pekerja sektor pembuatan iaitu 4.38 juta pekerja (27.38 peratus).

6. Sidang khas MKN pada 31 Mei 2021 telah mengeluarkan kenyataan media bahawa permohonan  baharu bagi kebenaran  perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui  portal CIMS 3.0   yang diselaraskan  oleh  MITI  dan  melibatkan semua  Kementerian  yang mengawal selia 17 sektor  perkhidmatan perlu  yang  telah  dibenarkan beroperasi.

7. Maka, soalan seterusnya adalah mengenai  kebenaran perjalanan untuk bekerja yang perlu dikemukakan semula melalui portal COVID-19 Intelligent Management  System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan oleh MITI. MKN  dalam satu kenyataan media pada 31 Mei 2021, memaklumkan surat kebenaran  beroperasi bagi sektor  perkhidmatan perlu dikeluarkan setelah mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor berkenaan. Ini membuktikan bahawa  surat kebenaran beroperasi hanya akan dikeluarkan oleh CIMS 3.0 setelah kementerian-kementerian    yang mengawal selia sektor yang dibenarkan beroperasi memberi pengesahan kepada MITI.

8. Seperti kenyataan media MITI bertarikh 31 Mei 2021, beberapa sesi libat urus dengan pelbagai Kementerian dan agensi telah diadakan bagi menyelaras  dan melicinkan   lagi   proses pengesahan Kementerian masing-masing ke  atas syarikat-syarikat   yang  dikawal selia  oleh kementerian-kementerian berkenaan yang boleh  diberikan kebenaran untuk beroperasi.

9. Sehingga kini, 15 Kementerian telah menggunakan sistem CIMS 3.0  bagi memudahkan proses  penilaian  permohonan kebenaran  untuk beroperasi  di  bawah   sektor  masing-masing.  Setelah   kementerian-kementerian mengesahkan  permohonan-permohonan berkenaan, syarikat  yang   berkenaan boleh terus mencetak surat kebenaran beroperasi melalui CIMS 3.0.

10. Namun, terdapat  juga beberapa Kementerian seperti MAFI dan yang menggunakan sistem kelulusan kebenaran bekerja yang diselaras oleh  MAFI.  Kementerian Pengangkutan  turut  menggunakan  sistem dalaman Sistem SMILE (Sistem Maklumat Industri Logistik) bagi tujuan yang  sama. Maka, surat  kelulusan untuk  beroperasi bukan  sahaja dikeluarkan oleh MITI setelah mendapat  pengesahan daripada kementerian-kementerian yang menggunakan CIMS 3.0, tetapi ada juga yang dikeluarkan oleh Kementerian lain yang pada masa ini dan terbukti sistem yang telah diwujudkan adalah berkesan untuk kumpulan sasaran mereka.

11. Bank Negara Malaysia juga bertanggungjawab  di atas surat kebenaran beroperasi untuk institusi  kewangan dan perbankan. MITI bukan penentu tunggal dalam memutuskan sama ada sesuatu sektor peniagaan dianggap sebagai perkhidmatan penting atau sebaliknya.

12. Sehingga jam 7.30 pagi ini (3 Jun 2021), 586,308 dengan 10.2 juta pekerja  telah berdaftar dengan   CIMS. Daripada jumlah ini surat kebenaran beroperasi  yang telah  dicetak melalui CIMS hanya 128,150 yang melibatkan 1.57 juta pekerja di seluruh Malaysia.

14. MITI juga ambil maklum tentang aduan beberapa  pihak  yang mendakwa  bahawa  CIMS  3.0  telah  dibolosi  dan  mendapat  kelulusan walaupun berada di bawah sektor yang tidak dibenarkan beroperasi. MITI terbuka kepada sebarang bentuk aduan  mahupun kritikan  mengenai sistem CIMS 3.0 demi   menjamin  ketelusan  dan  keberkesanan pelaksanaan  sistem  ini. MITI melalui  unit penguatkuasaan  bersama dengan kerjasama agensi penguatkuasa yang lain akan terus memantau dan mengawal pelaksanaan SOP PKP 3.0.  13.Kita harus jelas dan memiliki keyakinan untuk mendepani apa jua rintangan.  Kita  semua  kini  berada  di  medan  perang  untuk  berhadapan dengan musuh yang tidak kelihatan.

15. This is not  a zero-sum game. Kita bertanggungjawab untuk melindungi  nyawa dan membela   nafkah kehidupan. Nyawa dan kehidupan adalah keutamaan yang tiada tara bandingnya.

16. We need a whole of nation approach. As the Government plans and implements this circuit breaker, to make it happen, we need the whole of society –the people, the workers, the industries –to come aboard, to do their part to make this a success.

17. Kita semua harus bersatu dan berpadu tenaga untuk bersama dalam peperangan ini sebagai satu pasukan yang padu dan utuh. Laksanakan peranan dan InShaa Allah kita akan menang!