Tourism Malaysia bekerjasama dengan platform pelancongan global, Expedia Group untuk dua kerjasama pelancongan yang utama dalam usaha meningkatkan ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia pada masa akan datang.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata kerjasama yang pertama ialah mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik dengan mempamerkan kekaguman yang unik mengenai negara, selain tarikan dan budaya, serta menyokong inovasi digital industri pelancongan.
Dalam kerjasama yang kedua, kedua-dua pihak akan melaksanakan kempen global Expedia Media Solutions untuk mempromosikan perjalanan dari Australia, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, katanya.
Kerjasama itu akan menyaksikan pelaksanaan bersama kempen pemasaran destinasi untuk mengetengahkan tarikan pelancongan Malaysia yang unik, selain mempromosikan pelbagai penginapan kepada lebih 750 juta pengunjung bulanan Expedia Group di peringkat global.
"Expedia Group mempunyai lebih 200 laman web tempahan perjalanan di lebih 70 negara di seluruh dunia dan bekerjasama dengan ratusan dan ribuan rakan penginapan dan penerbangan untuk memenuhi pelbagai keperluan pelancong moden hari ini.
"Kerjasama strategik ini akan menyokong sasaran Malaysia untuk mencapai 30 juta ketibaan pelancong dan perbelanjaan pelancong sebanyak RM100 bilion yang ditetapkan untuk kempen Melawat Malaysia 2020," katanya pada majlis pertukaran dokumen untuk kerjasama itu di pada Selasa.
Tourism Malaysia diwakili oleh Ketua Pengarahnya Datuk Musa Yusof, manakala Expedia Group diwakili oleh Naib Presiden Kanan, Strategi Komersial dan Perkhidmatan, Greg Schulze.
Mohamaddin berkata kerjasama itu, dengan aktiviti pemasaran dan promosi yang telah digariskan, akan menempatkan Malaysia dalam peta pelancong dan memberi mereka inspirasi untuk mengalami kepelbagaian hebat yang ditawarkan oleh negara.
Sementara itu, Musa berkata melalui kerjasama strategik dengan Expedia Group, Tourism Malaysia menyasarkan ketibaan seramai 220,500 pelancong dari Australia, AS dan Jepun dalam tempoh enam bulan kempen itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 20 2019
Mohamaddin (tengah) pada Majlis Pelancaran Kempen Kerjasama Pemasaran Digital Bersama antara Tourism Malaysia dan Expedia pada Selasa. Turut kelihatan, Musa (dua kanan) dan Greg (kiri). --fotoBERNAMA
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.