LONDON: Selepas dua tahun tidak menyertai secara fizikal di Pasaran Pelancongan Sedunia (WTM) di London akibat pandemik COVID-19, Tourism Malaysia mengembalikan keyakinan pelancong dari United Kingdom dan Eropah dengan melancarkan kempen mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan.
Antara kempen yang diperkenalkan ialah pakej-pakej pelancongan menarik menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Tourism Malaysia bagi menjalin kerjasama strategik dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Turkish Airlines.
Menurut Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab, kempen-kempen lain yang turut disenaraikan termasuk promosi makanan Malaysia dengan kerjasama restoran-restoran Malaysia di London.
Beliau berkata, ini merupakan penyertaan kali ke-41 Tourism Malaysia World di WTM untuk menarik pelancong dari United Kingdom iaitu rakan pelancongan terbesar dengan 400,000 pengunjung setahun ke Malaysia sebelum pandemik.
'“WTM telah lama menyediakan platform penting memperkenalkan produk-produk pelancongan kepada pasaran dan merupakan platform yang sesuai untuk pemain-pemain industri bertemu dan merancangkan strategi bisnes mereka, terutama selepas industri terjejas teruk akibat penutupan sempadan,” kata Zainuddin berhubung MoU yang ditandatangani di WTM.
Beliau berkata demikian ketika mengetuai delegasi dari Malaysia yang terdiri daripada agensi-agensi pelancongan dan perhotelan dari Malaysia ke WTM, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, kerjasama yang ditandatangani oleh Tourism Malaysia dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Turkish Airlines dalam kempen berkenaan antara lain ialah lanjutan pakej tawaran destinasi tambahan kepada penumpang.
Beliau berkata, tawaran itu bukan sahaja untuk pasaran United Kingdom (UK) tetapi juga untuk pasaran Eropah untuk tujuan melancong ke Malaysia.
“Pengunjung ditawarkan dengan pakej istimewa untuk ke lain-lain destinasi menjangkau Kuala Lumpur. Di samping itu, Tourism Malaysia turut menandatangai MoU dengan Turkish Airines untuk memanfaatkan rangkaian yang dimiliki syarikat penerbangan itu untuk membawa pelancong-pelancong khususnya daripada pasaran Eropah dan juga Rusia khususnya Moscow untuk ke Malaysia,” kata Zainuddin.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail berkata, syarikat penerbangan negara itu sangat teruja dengan kerjasama ini di acara pelancongan terbesar dunia, WTM.
Menerusi kerjasama dengan Tourism Malaysia, Izham berkata, Malaysia Airlines akan memperkenalkan perjalanan bonus yang memberi peluang kepada pengunjung terbang dengan percuma ke bandar-bandar di Malaysia seperti Pulau Langkawi dan Pulau Pinang dan lain-lain destinasi dalam negara.
Bahkan, kerjasama yang termeterai ini juga akan memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati diskaun di hotel-hotel terpilih.
Dalam perkembangan sama, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Zakri Jaafar berkata, kerajaan akan berusaha untuk mengadakan kerjasama dengan persatuan restoran-restoran Malaysia di UK untuk mengadakan kempen promosi memperkenalkan makanan Malaysia.
Kempen itu, jelas beliau, sekali gus menjadi tarikan kepada mereka untuk datang ke Malaysia bagi menikmati makanan Malaysia yang sememangnya enak termasuk juadah-juadah popular seperti roti canai, nasi lemak, rendang, sate.
“Saya sendiri dapat melihat betapa penerimaan masyarakat tempatan di sini terhadap hidangan Malaysia semakin meningkat,” kata Zakri.
Astro Awani
Fri Nov 11 2022

Selepas dua tahun tidak menyertai secara fizikal di Pasaran Pelancongan Sedunia di London, Tourism Malaysia mengembalikan keyakinan pelancong dari United Kingdom dan Eropah dengan melancarkan kempen mempromosikan negara. - Foto Tourism Malaysia

Anugerah Grammy 2023 | Harry Styles rangkul Album Terbaik menerusi 'Harry's House'
Anugerah Grammy 2023 melabuhkan tirainya dengan menyaksikan bintang terkemuka, Harry Styles merangkul anugerah Album Terbaik menerusi album Harry's House.

KKM | Kertas Putih Kesihatan dalam fasa akhir disiapkan
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam fasa akhir menyediakan kertas putih membabitkan dasar asas baharu kepada sektor perkhidmatan kesihatan negara.

Gempa Bumi | Pelbagai negara tawar bantuan ke Turkiye, Syria
Beberapa negara telah menyatakan kesediaan untuk menghantar pasukan mencari dan menyelamat bagi menangani kesan gempa bumi itu.

Gempa Bumi | Banyak NGO hubungi Wisma Putra untuk bantu Turkiye
Zambry juga memaklumkan beliau menerima banyak panggilan daripada masyarakat yang mahu sama-sama terbang ke Turkiye, membantu rakyat di sana.

Gempa Bumi | Malaysia hantar Pasukan SMART, fokus operasi mencari, menyelamat
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang disertai seramai 70 anggota dan empat anjing pengesan k9 dihantar Turkiye pada Isnin.

Gempa Bumi | 12 rakyat Malaysia selamat, berjaya dihubungi
Semua 12 rakyat Malaysia yang berada di kawasan gempa bumi di Turkiye dan sekitarnya berjaya dihubungi dan mereka kini berada dalam keadaan selamat.

Gempa Bumi | Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada kerajaan Turkiye dan Syria serta rakyatnya berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan.

Gempa Bumi | Situasi semasa gempa bumi di Turkiye
Untuk mendapatkan perkembangan dan situasi pelajar di Turkiye. Langsung pada ketika ini Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT), Muhammad Adib Nor Azman.

10 Berita Pilihan - (06 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa Bumi | Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye sahkan mereka selamat
Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye (MASAT) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

"Inilah Masanya" rancakkan pelancongan domestik
"Inilah Masanya, Cuti-Cuti Malaysia" menjadi cogan kata kempen terbaharu Tourism Malaysia untuk galak pelancongan dalam negara.

Sampai Sarawak wajib cuba sajian autentik ini, nang nyaman!
Ia menjadi kebanggaan sejak zaman-berzaman dan wajar dikekalkan rasa autentiknya agar generasi akan datang dapat sama berbangga dengan khazanah ini.

Jalan-jalan Sarawak: Ini antara lokasi menarik yang boleh anda terokai!
Ini beberapa tempat menarik yang boleh anda kunjungi apabila ke Sarawak.

Tourism Malaysia menang Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Terbaik di ITTA
ITTA yang dianjurkan oleh Yayasan ITTA memberi penghormatan kepada agensi pelancongan, hotel, pelabur dan lembaga pelancongan asing.

Lebih 5.5 juta ketibaan pelancong asing ke Malaysia setakat September - Zainuddin
Jumlah ketibaan pelancong asing ke negara ini mencatatkan lebih 5.5 juta setakat September, menurut Ketua Pengarah Tourism Malaysia (TM) Datuk Zainuddin Abdul Wahab.

Tourism Malaysia kembali sertai World Travel Market
Kempen mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dipergiatkan dengan pelbagai inisiatif dan kerjasama.

Penggiat industri pelancongan 5 negeri berhimpun di Perak, kongsi idea promosi produk
Penggiat industri pelancongan 5 negeri berhimpun di Perak, kongsi idea promosi produk

'Bird watching' dijangka tarik 5,000 pelancong tahun ini
Pada 2019, Malaysia rekodkan ketibaan 3,150 pemerhati burung dari dalam dan luar negara dengan pulangan pendapatan sebanyak RM20.3 juta kepada negara.

Trend ke Thailand? Percutian dalam negara masih dapat permintaan tinggi - Tourism Malaysia
Percutian dalam negara masih menerima permintaan tinggi, disebalik trend orang ramai dikatakan memilih Thailand sebagai destinasi pelancongan.

Tourism Malaysia anjur jelajah 'Truly Malaysia' pikat semula pelancong
Jelajah itu bermula di Moscow, diikuti Tashkent, Almaty dan Istanbul mulai 12 hingga 20 Sept ini.