Dalam usaha meningkatkan promosi pelancongan berbasikal di negara ini, Tourism Malaysia hari ini melancarkan buku panduan Discover Malaysia By Bicycle Guidebook.

Buku tersebut menawarkan 74 pakej pelancongan berbasikal yang menarik buat panduan orang ramai.

Buku berkenaan dilancarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib pada program Kuala Lumpur Car Free Morning anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ia diadakan di Dataran DBKL 1, Jalan Raja Laut di sini, awal pagi tadi.



Sejak 2011, sebanyak 202 pakej pelancongan berbasikal telah dibangunkan dengan kerjasama 95 buah agensi tempatan.

Buku ini boleh didapati di Pusat Penerangan Pelancongan Tourism Malaysia (TIC), Pusat Pelancongan Tourism Malaysia (MaTIC) dan pejabat-pejabat Tourism Malaysia seluruh negara.

Kempen Kuala Lumpur Car Free Morning ini telah mula diadakan pada hari Ahad minggu pertama sejak bulan Disember 2013.

Bagaimanapun bermula Januari 2015 ia diadakan dua kali setiap bulan iaitu pada hari Ahad minggu pertama dan ketiga.