awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tourism Malaysia tawar 23 pakej pelancongan sambil tonton perlumbaan LTdL

Bernama
Bernama
26/08/2024
09:14 MYT
Tourism Malaysia tawar 23 pakej pelancongan sambil tonton perlumbaan LTdL
Pakej yang ditawarkan bakal meliputi destinasi pelancongan popular angtaranya seperti Langkawi, Pulau Pinang, Melaka, Bukit Tinggi dan Cameron Highlands. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 bakal diserikan dengan penawaran 23 pakej pelancongan khas, hasil kerjasama Tourism Malaysia dengan enam agensi pelancongan sempena penganjuran perlumbaan berprestij itu.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Manoharan Periasamy berkata pakej yang ditawarkan bakal meliputi destinasi pelancongan popular seperti Langkawi, Pulau Pinang, Melaka, Bukit Tinggi, Cameron Highlands, Kulai, Bintulu dan Miri.
"Melalui pakej ini, para pelancong bukan sahaja dapat menikmati percutian yang indah di lokasi menarik, tetapi juga berpeluang menyaksikan secara langsung perlumbaan berprestij LTdL yang menjelajah ke seluruh negara," katanya dalam ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Tourism Malaysia Saidi Bundan hari ini.
Sementara itu ketika ditemui pemberita Saidi berkata maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan tersebut boleh didapati dengan mengimbas QR kod yang ada pada akaun media sosial Tourism Malaysia.
"Agensi pelancongan yang terlibat dengan pakej ini ada enam iaitu empat dari Kuala Lumpur, satu Negeri Sembilan dan satu lagi dari Johor. Jadi pengisian pakej ini ada pelbagai, kita sudah edarkan kepada semua pejabat luar negara khususnya pada peringkat Asia Tenggara dan Eropah.
"Kerjasama seperti ini mampu memberi pulangan sangat besar kepada industri pelancongan dan penaja dalam tempoh jangka masa panjang," katanya.
Terdahulu, Tourism Malaysia bersetuju meneruskan kerjasama strategik perlumbaan LTdL dengan penajaan bernilai RM1 juta, sekali gus menjadi penaja kepada jersi Polka Dot untuk Raja Bukit.
Sementara itu Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata keputusan Tourism Malaysia meneruskan kerjasama strategik itu, membuktikan bahawa keputusan dibuat adalah tepat kerana memberikan pulangan besar kepada nilai promosi, penjenamaan dan pemasaran kepada pihak pelancongan.
"Tourism Malaysia akan diberikan penghomatan sekali lagi sebagai pemegang kepada jersi pendahulu King Of The Mountain dan wakil mereka akan menyarungkan jersi pemenang pada setiap peringkat perlumbaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#pakej
#tourim malaysia
#LTdL
#Le Tour de Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan