awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia

Bernama
Bernama
21/02/2025
00:10 MYT
Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran Tourism Perak menonjolkan tarikan pelancongan utama negeri itu, termasuk daya tarikan dan khazanah di daerah Lenggong dan Selama, Tasik Cermin, Belum Rainforest Resort serta Sunway Lost World of Tambun. - Foto Tourism Perak
JAKARTA: Tourism Perak menyertai Pameran Pelancongan ASTINDO 2025 selama tiga hari di Indonesia Convention Exhibition BSD, Tangerang, bagi meningkatkan industri pelancongan negeri dan mengukuhkan kehadirannya di pasaran Indonesia.
Pameran pelancongan yang berakhir pada Ahad berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai, termasuk warisan budaya, eko-pelancongan dan pengalaman pengembaraan, selain memupuk kerjasama antara pemain industri pelancongan kedua-dua negara.
"Dengan Indonesia sebagai satu daripada pasaran pelancongan masuk utama Malaysia, penyertaan kami dalam acara ini sejajar dengan strategi kami yang lebih luas untuk menarik pelancong dan agensi pelancongan Indonesia bagi meneroka Perak sebagai destinasi yang mesti dilawati di Asia," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.
Pameran Tourism Perak menonjolkan tarikan pelancongan utama negeri itu, termasuk daya tarikan dan khazanah di daerah Lenggong dan Selama, Tasik Cermin, Belum Rainforest Resort serta Sunway Lost World of Tambun.
Sesi rangkaian dan libat urus perniagaan turut diadakan bagi memudahkan perbincangan antara pihak berkepentingan industri serta pemain utama sektor pelancongan dari Malaysia dan Indonesia.
Dengan melibatkan diri dengan pasaran Indonesia lebih awal, Perak berharap dapat meningkatkan ketibaan pelancong antarabangsa menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, menurut Tourism Perak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tourism Perak
#Pameran Pelancongan ASTINDO 2025
#Indonesia
#pelancong Indonesia
#Pameran pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan