Astro Publication
Thu Jan 08 2015
Toyota mengumumkan di Consumer Electronics Show 2015 yang berlangsung sekarang di Las Vegas bahawa sejumlah 5,680 paten yang terikat dengan teknologi pada kenderaan fuel cell Toyota Mirai boleh digunakan oleh pihak-pihak lain.
Ini satu perkembangan yang sekaligus mengejutkan dan menggembirakan. Berbilion dollar telah dibelanjakan oleh pelbagai syarikat kereta untuk membangunkan teknologi fuel cell – dan entah berapa pula yang Toyota sendiri belanjakan – jadi untuk menjadikan semua usaha kajian mereka bagi menghasilkan teknologi Mirai percuma untuk digunakan pihak lain adalah sesuatu yang tidak selalu berlaku.
Sebelum ini Tesla Motors juga menjadikan beratus paten teknologi EV (kereta eletrik) mereka boleh bebas digunakan pihak lain. Dan Volvo pula, setelah mencipta tali pinggang 3-point pada 1959, tidak mengambil pusing keuntungan yang boleh mereka dapat jika menjual paten tersebut dan terus menjadikannya bebas digunakan oleh pengeluar lain.
Tujuan semua ini berlaku adalah lebih kurang sama – untuk menjadikan teknologi atau ciptaan itu lebih pantas digunakan di dalam skala besar.
Daripada 5,680 paten yang terlibat, 1,970 adalah berkaitan fuel cell stack, 290 pula untuk tangki hidrogen bertekanan tinggi, 3,350 untuk perisian kawalan bagi sistem fuel cell, dan 70 pula berkaitan dengan pengeluaran dan pembekalan hidrogen.
Segala paten yang berkaitan kenderaan fuel cell boleh didapati tanpa royalti sehingga akhir tahun 2020; manakala paten pengeluaran dan pembekalan hidrogen and dibuka tanpa had. Walaupun Mana-mana pihak yang menggunakan paten fuel cell Toyota akan diminta untuk berkongsi paten fuel cell mereka sendiri tanpa royalti. Walaupun begitu, syarikat yang dimintu itu tidak perlu berbuat demikian.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Toyota berkongsi teknologi fuel cell mereka
Lebih daripada 5,600 paten berkaitan teknologi fuel cell – ada yang digunakan pada Toyota Mirai – sekarang boleh digunakan oleh pesaing
Toyota Mirai. Untuk masa hadapan
Kenderaan ‘fuel cell’ terbaharu diperkenalkan; 153hp dan 0-100km/j dalam masa 9 saat.
Mirai dengan teknologi ‘fuel cell’ terbaru
Toyota bakal melancarkan model ‘fuel cell’ terbaru – 480km boleh ditempuh dengan setiap isian tangki hidrogen. Bahan buangan: air biasa