awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
Kes 1MDB: Laungan 'Bebas Najib’ bergema di pekarangan mahkamah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Toyota Innova dipilih sebagai model tambahan TEKS1M

Astro Publication
Astro Publication
28/07/2015
09:07 MYT
Toyota Innova dipilih sebagai model tambahan TEKS1M
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan bahawa Toyota Innova TEKS1M adalah model tambahan bagi Teksi 1 Malaysia, selain Proton Exora yang digunakan selama ini. Usaha ini juga dipercayai akan menambahkan jumlah TEKS1M yang sudah mula beroperasi di Lembah Kelang, Johor dan Pulau Pinang.
“Toyota Innova telah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak SPAD terutamanya daripada segi keluasan ruang dan menjadi pilihan tambahan kepada para pemilik teksi dibawah inisiatif TEKS1M,” kata Datuk Ismet Suki, presiden UMW Toyota Motor (UMWT).
Menurut beliau UMW Toyota Motor telah menerima 300 tempahan bagi Toyota Innova TEKS1M daripada syarikat-syarikat pengendali dan pemilik individu. Sebanyak 700 unit juga telah disasarkan bagi jualan sehingga akhir 2015.
Penggunaan teksi 1 Malaysia sebahagian daripada program Industri Migrasi Teksi di dalam menaiktaraf perkhidmatan sedia ada. Ia telah bermula pada Oktober 2014, di mana semua kenderaan yang telah mencapai had usia di dalam kelas lesen teksi telah diwajibkan untuk beralih ke TEKS1M.
Sebanyak 3,367 kenderaan telah mendapat surat kelulusan bagi TEKS1M dan sedang di dalam proses melesenkan kenderaan. Usaha SPAD ini turut melibatkan program latihan pemandu TEKS1M secara berperingkat yang melibatkan pemandu individu, dan juga pemandu yang telah bermigrasi kepada TEKS1M. Tujuan SPAD mengadakan program Peningkatan Profesionalisme pemandu (Profession Advancement Program) adalah bagi memberi kesedaran dan pengetahuan dalam hal-hal berkaitan undang-undang dan etika pemandu.
Antara modul latihan yang termasuk di dalam program ini adalah berkaitan keselamatan & pemanduan berhemah, teknik memberi perkhidmatan cemerlang, komunikasi efektif bersama penumpang, perancangan kewangan dan banyak lagi.
"Apabila taraf perkhidmatan teksi bertambah baik, bilangan pengguna teksi juga akan meningkat dan secara langsung pendapatan pemandu teksi akan bertambah,” kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar.
Harga bagi Teksi 1 Malaysia Toyota Innova adalah RM72,550.83 (2.0, manual 5-kelajuan) dan RM75,333.16 (2.0, automatik 4-kelajuan). Harga-harga termasuk + GST, tanpa insurans.
Topic Berkaitan
# Innova
# SPAD
# teksi
#Toyota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan