PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mempertingkatkan usaha menoktahkan kemiskinan rakyat luar bandar, dengan memastikan setiap perancangan dan program yang dilakukan mempunyai keberkesanan untuk kumpulan sasaran iaitu rakyat luar bandar.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, usaha perlu dipertingkatkan selaras dengan sasaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menoktahkan kumpulan miskin tegar di semua peringkat.
"Saya harap sasaran untuk menoktah miskin tegar dilakukan agensi (KKDW). Tetapi jangan lupa masyarakat bandar yang dipanggil sebagai miskin bandar, itu biarlah agensi lain laksanakan.
"Kita jaga KKDW kena terjemahkan dan laksanakan apa disasarkan oleh Perdana Menteri," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW, di sini, hari ini.
Ahmad Zahid turut menasihatkan warga KKDW agar melaksanakan setiap program yang dirancang tanpa memikirkan kritikan daripada kumpulan yang dikenali sebagai 'anti-establishment'.
"Kumpulan 'anti-establishment' ini mesti ada di mana-mana, pasti ada penolakan oleh kumpulan ini. Ia tidak terhenti meskipun kejayaan muncul.
"Orang suka pasti kata apa kita buat baik... kalau tidak suka pasti kata tidak baik," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid mahu dua agensi dibawah KKDW iaitu Felcra Bhd dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selantan (Kesedar) mempertingkatkan kolaborasi sedia ada untuk mengeluarkan satu juta ekor ayam pedaging bagi setiap pusingan berbanding 250,000 ekor ketika ini.
"Saya cabar kolaborasi ini keluarkan satu juta ekor ayam setiap pusingan, pasti boleh dilakukan cuma perlu ada kaedah bagaimana untuk melaksanakannya," katanya.
Sebelum ini, Felcra dan Kesedar mengambil inisiatif untuk berkolaborasi membangunkan projek ternakan ayam secara tertutup di Paloh 4, Gua Musang dengan kapasiti 250,000 ekor ayam pedaging bagi setiap pusingan.
Projek itu menjana pelbagai aktiviti ekonomi setempat seperti perkhidmatan dan penyelenggaraan, kerja-kerja landskap, pembekalan, pembinaan, kontrak dan sebagainya. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mempertingkatkan usaha menoktahkan kemiskinan rakyat luar bandar. - Gambar BERNAMA
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.